Hi! Welcome Back and Stay Tune! Padah Tunjuk 'Hero' Di Travillion, Lelaki Mabuk Cedera Di Kepala - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Padah Tunjuk 'Hero' Di Travillion, Lelaki Mabuk Cedera Di Kepala



KUCHING: Seorang lelaki berusia 24 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas cuba berlagak ‘hero’ di kawasan Travillion, Padungan dekat sini awal pagi semalam.

Memetik laporan Utusan Borneo, suspek yang dalam keadaan mabuk tersebut difahamkan telah mencabar pelanggan yang berada di kelab malam tersebut dengan mengeluarkan senjata tajam sekitar jam 3.30 pagi.

Tiga lelaki lain cuba menenangkan suspek turut mengalami kecederaan hingga menyebabkan mereka bertindak agresif.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai mengesahkan kejadian tersebut dan berkata pihaknya kini menahan suspek terbabit dan akan mendapatkan permohonan reman hari ini bagi menjalani siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan berlaku adalah disebabkan suspek yang dipercayai mabuk mengeluarkan senjata tajam di luar kelab malam tesebut mengajak bergaduh” katanya.

Jelas Abang Ahmad empat lelaki termasuk suspe berusia lingkungan 18 hingga 31 tahun telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vULUHG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.