Pengkhianatan ada dalam DNA Mahathir
Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 15 Ogos 2017
Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan lebih banyak tindakan pengkhianatan daripada Anwar Ibrahim melakukan perbuatan liwat. Dan jenayah seksual Anwar sememangnya banyak. Mahathir telah mengkhianati setiap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selain Tun Razak Hussein dan Tun Dr Ismail Abdul Rahman, tetapi hanya kerana mereka meninggal dunia sebelum Mahathir sempat mengkhianati mereka.
Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim semuanya telah menjadi mangsa kepada pengkhianatan Mahathir. Dan kini, sudah tentu, Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi adalah mangsa terbarunya.
Mahathir mengkhianati kaum Cina. Beliau menggunakan kaum Cina sebagai korban untuk mendapat sokongan orang Melayu dan selepas mendapat kuasa, beliau membuat pusingan U dan menjadikan ramai orang Cina kaya. Tiba-tiba orang Cina bukan lagi orang-orang Yahudi Asia yang harus ditendang keluar daripada negara. Orang Cina adalah rakan baru Mahathir yang akan membantunya merompak negara.
Orang Cina sebenarnya terkejut dengan pusingan U Mahathir. Ketika Mahathir pertama kali menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, mereka bersiap sedia untuk mendapat layanan yang paling teruk. Sebaliknya Mahathir sangat mesra Cina, sekurang-kurangnya dalam perniagaan dan kewangan.
Apabila ia nampak seperti orang Melayu akan meninggalkan Umno pada tahun 1999, Mahathir berpaling dari orang Cina dan mengancam mereka dengan satu lagi 13 Mei jika Barisan Nasional tidak dapat mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen. Jadi, ketika orang Melayu meninggalkan Umno, orang-orang Cina tetap teguh di belakang Barisan Nasional kerana takut dengan nasib mereka. Pada mulanya, Mahathir bersetuju dengan semua permintaan pendidikan Cina (untuk mendapatkan undi mereka), dan kemudian, selepas pilihan raya, beliau melakukan pusingan U dan memanggil ahli pendidik Cina Komunis dan memungkiri janji-janjinya.
Satu lagi pengkhianatan yang dilalui kaum Cina kerana Mahathir tetapi mereka masih menurutinya.
Mahathir juga mengkhianati Raja-raja dan Badan Kehakiman dan sehingga hari ini mereka tidak pernah melupakan pengkhianatan ini. Hanya Cina DAP dan Pakatun sahaja yang telah melupakannya - atau mungkin mereka tidak melupakannya tetapi mereka tidak mempunyai moral dan prinsip jadi mereka tidak peduli dengan maruah dan kehormatan.
Bagaimanapun, tidak semua pengkhianatan Mahathir jelas seperti itu. Tengku Razaleigh (Ku Li) telah menceritakan kisah ini berkali-kali kepada sesiapa yang ingin mendengarnya. Dan pengkhianatan yang dialami Ku Li adalah sangat halus dan terperinci yang harus diajarkan kepada pelajar sains politik di sekolah. Itu bukan sahaja menunjukkan betapa berbahaya dan ganasnya Mahathir boleh jadi, tetapi beliau boleh memuji anda sambil menikam anda dari belakang.
Semuanya bermula apabila Tun Razak meninggal dunia pada Januari 1976 dan Tun Hussein mengambil alih sebagai Perdana Menteri ketiga Malaysia. Hussein memerlukan Timbalan Perdana Menteri dan beliau akan memilih Tun Ghazali Shafie. Tetapi Ghazali adalah 'orang luar' - bermakna beliau bukan salah satu daripada tiga Naib Presiden Umno. Tiga Naib Presiden Umno adalah Ku Li, Ghafar, dan Mahathir - dalam urutan keutamaan berdasarkan bilangan undi yang mereka menang.
Jadi itu bermakna Hussein tidak boleh melantik Ghazali sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru. Beliau mesti memilih dari salah satu daripada tiga Naib Presiden Umno dan Ku Li adalah Naib Presiden dengan undi tertinggi. Tetapi Ku Li mempunyai urusan yang belum selesai. Terengganu baru sahaja menemui minyak dan Ku Li bertanggungjawab menubuhkan Petronas dan, dengan bantuan Tun Salleh Abas, baru sahaja merangka Akta Pembangunan Petroleum.
Malah, Akta Pembangunan Petroleum 1974 sangat unik dan yang pertama seumpamanya di dunia dan sejak itu banyak negara lain telah menggunakannya sebagai asas perjanjian mereka sendiri. Ku Li juga perlu mendapatkan kesemua 13 negeri untuk menandatangani perjanjian royalti dan eksplorasi dengan Petronas pada tahun 1976. Kemudian terdapatnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dari tahun 1971 hingga 1990 yang memerlukan perhatian untuk memastikan ianya berjaya dalam memenuhi objektifnya.
Ku Li juga harus memastikan bahawa bank-bank dan banyak institusi kewangan lain - termasuk institusi-institusi yang dimiliki kerajaan seperti Bank Bumiputera, Bank Pembangunan, MIDA, MARA dan sebagainya, - memainkan peranan mereka dalam menjadikan DEB satu kejayaan.
Terdapat banyak lagi yang perlu Ku Li uruskan sehinggakan beliau tidak dapat melakukan tugas Timbalan Perdana Menteri pada masa yang sama. Ku Li memberitahu Hussein beliau akan melepaskan gilirannya dan menjadi Timbalan Perdana Menteri apabila Perdana Menteri seterusnya akan mengambil alih. Oleh itu pilihan kini adalah antara Ghafar dan Mahathir tetapi oleh kerana Ghafar tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang betul ianya telah dipersetujui bahawa Mahathir, walaupun beliau adalah nombor tiga, akan menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru. Apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri, Ku Li akan menjadi timbalannya.
Namun, Mahathir tidak sabar. Empat tahun kemudian beliau mula bertindak menentang Hussein. Pada tahun 1980 beliau memberitahu golongan dalamannya bahawa pada tahun 1981 Hussein akan digulingkan dan beliau akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Dan beliau menggunakan isu Harun Idris untuk menggulingkan Hussein.
Hussein mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada Januari 1976 dan pada April 1976 beliau memaksa Menteri Besar Selangor, Harun Idris, untuk meletak jawatan. Harun kemudian ditangkap dan senario di rumahnya pada hari penangkapannya akan diulang pada bulan November 1985 di Memali apabila mereka membunuh Ibrahim Libya dan 13 orangnya. Konfrontasi di rumah Harun akan bertukar menjadi satu lagi pembunuhan Memali sekiranya beliau tidak menyelinap keluar dengan berbaju kurung untuk menyerahkan diri kepada polis.
Harun dibicarakan dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun atas 16 pertuduhan rasuah. Mahathir kemudian memberitahu Hussein bahawa Umno mahu Seri Paduka Baginda Agong memberikan Harun pengampunan supaya beliau dapat dibebaskan dari penjara tanpa perlu menjalani hukuman penuh. Hussein marah. Beliau memberitahu Mahathir bahawa Umno perlu memilih antara beliau dan Harun. Mahathir memberitahu Hussein bahawa Umno memilih Harun jadi Hussein meletak jawatan pada Julai 1981 dan Mahathir mengambil alih sebagai Perdana Menteri.
Tetapi ‘peletakan jawatan’ Hussein telah dirancang sejak tahun 1980 dan Mahathir tahu bahawa menuntut pengampunan untuk Harun selepas beliau hanya menjalani separuh daripada hukumannya akan mencetuskan peletakan jawatan Hussein. Tidak lama selepas Mahathir mengambil alih sebagai Perdana Menteri, Harun diberikan pengampunannya dan dibebaskan dari penjara.
Lebih penting lagi, selepas Mahathir mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada 16 Julai 1981, beliau enggan melantik Ku Li sebagai timbalannya seperti yang telah dipersetujui pada Januari 1976. Sebaliknya, dua hari kemudian, pada 18 Julai 1981, Mahathir telah melantik Musa sebagai timbalannya. Inilah permulaan kekacauan dalam Umno yang membawa kepada Pasukan A dan Pasukan B dan berakhir dengan Umno ditutup enam tahun kemudian pada tahun 1987.
Jadi itu satu lagi pengkhianatan. Untuk kali kedua dalam sejarah Mahathir telah mengkhianati Umno. Kali pertama adalah pada tahun 1969 apabila beliau dipecat dari Umno dan beliau menyertai PAS dan bekerja dengan PAS selama hampir tiga tahun untuk cuba menjatuhkan Umno.
Jadi hari ini sebenarnya adalah kali keempat Mahathir mengkhianati Umno selepas kali pertama pada tahun 1969, kali kedua pada tahun 1987, dan kali ketiga pada tahun 2008. Pada tahun 1969 Mahathir mengkhianati Umno untuk menyingkirkan Tunku. Pada tahun 1987 beliau mengkhianati Umno untuk mengusir Ku Li. Pada tahun 2008 beliau mengkhianati Umno untuk menggulingkan Pak Lah. Dan sekarang beliau mengkhianati Umno untuk menjatuhkan Najib. Mahathir tidak akan teragak-agak untuk menghancurkan segala-galanya hanya kerana mahu menjatuhkan seorang sahaja. Itulah sifat Mahathir.
Tetapi cerita Ku Li tidak berakhir di situ. Apabila Ku Li dirompak dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau bertanding dalam pemilihan parti Umno. Jika Ku Li memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno, beliau akan menggantikan Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru. Dan Ku Li adalah kegemaran para perwakilan Umno. Oleh itu Ku Li yakin untuk menang dan mengambil alih sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.
Mahathir kemudian mengumumkan bahawa beliau boleh bekerja dengan Musa lebih baik daripada beliau boleh bekerja dengan Ku Li dan jika diminta untuk memilih beliau akan memilih Musa dan bukannya Ku Li. Itulah isyarat yang diperlukan perwakilan Umno dan undi-undi berubah kepada Musa dan Ku Li kalah. Jadi, sekali lagi, Mahathir mengkhianati Ku Li dengan mensabotaj peluangnya untuk memenangi Timbalan Presiden Umno.
Pada bulan Mac 1986, Mahathir memaksa Musa untuk meletakkan jawatan dan Mahathir melantik Ghafar dan bukannya Ku Li kerana beliau adalah salah seorang Naib Presiden Umno. Musa kemudian bersekutu dengan Ku Li untuk bertanding menentang Mahathir dan Ghafar. Jelas Ku Li dan Musa akan menang dan Mahathir akan kalah.
Mahathir kemudian menipu dalam pemilihan parti. Ghafar dan Mahathir sepatutnya kalah dengan kira-kira 40-50 undi tetapi sebaliknya yang berlaku. Mahathir menang dengan 43 undi dan Ghafar dengan 40 undi atau hanya 51% undi. Orang-orang Ki Li mendakwa penipuan dan membawa kes itu ke mahkamah dan Mahathir meminta Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran Umno dan bukannya meminta parti untuk mengadakan pemilihan semula (seperti dalam kes DAP) supaya beliau boleh membentuk parti baru tanpa musuh-musuh dalam Pasukan B. Jadi Mahathir membunuh Umno untuk membunuh Pasukan B - pengkhianatan beliau yang kedua daripada empat terhadap Umno.
Ku Li telah menceritakan kisah ini berkali-kali kepada ramai orang. Mungkin sudah tiba masanya beliau menulis buku tentang peristiwa yang berlaku sepanjang 50 tahun dari 1967 hingga 2017 apabila Mahathir mengkhianati hampir semua orang yang berurusan dengannya. Buku ini boleh diberi tajuk 'Dari Kerala ke Kelate'.
Link asal artikel:
http://ift.tt/2uNWBsv
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wdlCRa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment