Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pokok 200 Tahun Tumbang, 13 Maut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pokok 200 Tahun Tumbang, 13 Maut


LISBON – Sebatang pokok berusia 200 tahun tumbang dan mengorbankan 13 orang dan mencederakan 49 mangsa yang lain di Madeira.

Pokok yang ditanam di dataran di pinggir bandar utama, Funchal itu tumbang menyebabkan orang ramai yang berkumpul di luar sebuah gereja untuk merayakan Pesta Katolik Roman menjadi panik.

Dua kanak-kanak dilaporkan terbunuh, dan beberapa yang cedera dikatakan warga asing termasuk dari Jerman, Hungary dan Perancis.

Presiden Portugis, Marcelo Robelo de Sousa melahirkan rasa terkejut dengan kejadian itu.

Bagaimanapun, de Sousa berkata, beliau tidak dapat memberi pandangan tentang tragedi itu kerana ia adalah ‘tanggungjawab pihak-pihak berkuasa wilayah’

Madeira adalah destinasi pelancongan popular bagi penduduk Eropah, merupakan pulau terbesar di utara Laut Atlantik.

Beberapa saksi yang dipetik oleh media RTP berkata, dahan-dahan pokok itu telah mula jatuh sejak dua tahun lalu, menyebabkan yang tinggal yang batang pokok tersebut. - Agensi


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uNqAAK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.