Sarawak Mula Membangun Pada Era Tun Taib
Berbalik kepada struktur pembangunan awal negeri Sarawak, sejak Tuan Yang Terutama Tun Abdul Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri, pembangunan Sarawak mula terlaksana. Selepas komunis mula menyerah kalah di Sarawak dan Tun Taib mengambil alih kepimpinan negeri, struktur pembangunan mula dirancang dengan teliti.
Permulaan dengan pembinaan jalanraya yang 70 peratus dibuat melalui kawasan pendalaman yang majoriti kaum dayak menduduki laluan tersebut. Ini boleh dilihat bahawa jalan berkenaan di bina dari Sematan sehingga Lawas.
Walaupun jalan tersebut tidaklah sehebat Lebuhraya Pan Borneo tetapi ia berjaya menghubung kawasan pendalaman seluruh Sarawak. Itulah model asas jalan negeri yang dibina oleh Tun Taib.
Bandar-bandar yang dahulunya sebuah penempatan kecil perkampungan, akhirnya menjadi sebuah bandar yang besar dan turut menyumbang kepada ekonomi Sarawak. Malah kewujudan bandar tersebut menjadikan ia daerah-daerah yang penting di Sarawak.
Andainya Tun Mahathir memberi sumbangan yang besar kepada Sarawak, kemungkinan Sarawak lebih maju kehadapan kerana Tun Taib dikenali sebagai arkitek pembangunan sebenar.
Banyak lagi pembangunan yang mungkin belum dilaksanakan tetapi perancangan tersebut sudah dirancang awal oleh Tun Taib dan hari ini Ketua Menteri menyambung apa yang telah direncanakan.
Bukti Tun Taib seorang yang hebat adalah ketika beliau berundur dari memegang tampok kepimpinan Sarawak, beliau berjaya membuat rizab kerajaan Sarawak sebanyak RM23 bilion untuk diuruskan oleh ketua menteri seterusnya. - Abdul Halim Jantan
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v0CDd5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment