Selama Ini Main Buang Je,Rupanya Banyak Khasiat Biji Buah Tembikai, Ini 8 Khasiatnya!!
Cuaca panas terik sebegini dapat pula makan buah tembikai, memang nikmat tak terkata! Buah tembikai mengandungi kandungan air tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral yang sangat bermanfaat untuk tubuh anda.
Namun sedar tak kebanyakan orang pasti akan buang jauh-jauh biji hitamnya?
Rugi, tersangatlah rugi kerana menurut sumber boldsky.com, biji tembikai mempunyai manfaat yang sangat besar dan mampu menyembuhkan penyakit seperti masalah jantung dan batu karang.
Caranya mudah sahaja, ambil biji tembikai dan rebus. Air rebusan itulah yang sangat bermanfaat, antaranya:
1. Mengawal diabetes
Air rebusan ini mampu menurunkan kadar gula dalam darah. Amalkannya secara berterusan selama tiga hari berturut-turut dan rasai perbezaanya sendiri.
2. Menyihatkan jantung
Kandungan magnesium yang ada dalam biji tembikai bermanfaat untuk kesihatan jantung.
3. Memperkuat rambut
Para wanita khususnya boleh mengamalkan air rebusan ini untuk mengelakkan keguguran rambut dan mengubati kulit kepala yang gatal.
4. Mencantikkan kulit
Biji tembikai tinggi dengan zat antioksida, jadi air rebusan ini akan merawat kulit dari dalam menjadikannya halus dan licin.
5. Meningkatkan kekebalan tubuh badan
Biji ini kaya dengan vitamin dan nutrisi, jadi ianya baik untuk tubuh anda.
Wah, tidak disangka-sangka biji tembikai yang selama ini dibuang, rupa-rupanya banyak kebaikannya.
Bolehlah cuba tips ini untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat di masa akan datang.
Sumber: CARI
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlskEX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment