Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sinabung Meletus Lagi, Lebih 7,000 Penduduk Dipindahkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sinabung Meletus Lagi, Lebih 7,000 Penduduk Dipindahkan



JAKARTA: Gunung berapi di Gunung Sinabung yang terletak di daerah Karo, Sumatera Utara, meletus pada pagi Rabu, menyebabkan kawasan udara dipenuhi debu dan asap panas dengan ketinggian lebih empat kilometer.

Gunung berapi itu beberapa kali meletus antara jam 8 pagi dan tengahari Rabu.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNBP), Sutopo Purwo Nugroho berkata, letusan berlaku beberapa kali pada minggu ini menyebabkan 7,214 penduduk terpaksa dipindahkan dan 2,863 daripada jumlah itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Ujarnya, Pusat Vulkanologi, Geologi dan Pencegahan Bencana telah mengarahkan penduduk setempat untuk berpindah ke kawasan di luar radius tujuh kilometer dari selatan gunung berapi, enam kilometer di tenggara dan kawasan timur serta empat kilometer di kawasan utara.

“Kita tidak dapat menjangkakan bila Gunung Sinabung akan berhenti meletus. Parameter seismos dan letusan gunung berapi kekal tinggi, oleh itu, potensi letusan susulan masih ada,” katanya.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Gunung Berapi Sinabung menjadi aktif semula pada 2010 selepas 400 tahun.

Pada Mei tahun lepas, tujuh orang maut ekoran letusan Sinabung, manakala 16 maut dalam letusan yang sama pada 2014. - Strait Times



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u1Pg85

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.