Hi! Welcome Back and Stay Tune! 4 Sekolah Terima Sijil Pengiktirafan IB World School - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

4 Sekolah Terima Sijil Pengiktirafan IB World School

PUTRAJAYA – Empat sekolah Malaysia menerima sijil pengiktiran International Baccalaureate (IB) World School (Middle Years Programme) dari International Baccalaureate Organization.

Sekolah yang menerima sijil pengiktirafan IB World School untuk tempoh lima tahun itu ialah Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tualang, Temerloh dan SMK Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu.

“Pengiktirafan ini jelas membuktikan tahap keupayaan dan profesionalisme guru-guru di KPM (Kementerian Pendidikan) setanding dengan standard antarabangsa,”kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof pada majlis penyampaian sijil berkenaan di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Dr Amin Senin.

Selain empat sekolah tersebut, lima buah sekolah yang menerima sijil tersebut sebelum ini ialah SMK Sungai Tapang, Kuching, Kolej Melayu Kuala Kangsar, SMK Sultanah Bahiyah, SMK Putrajaya Presint 9 (2) dan SMK Pantai, Labuan.

Middle Years Programme International Baccalaureate (MYPIB) diamalkan di 141 buah negara dan diperkenalkan Kementerian Pelajaran di bawah inisiatif pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran abad ke-21.

Ia merupakan program antarabangsa untuk membangunkan generasi muda yang bersifat ingin tahu, berpengetahuan, pemikir, bijak berkomunikasi, berprinsip, berfikiran terbuka, penyayang, mengambil risiko, seimbang dan reflektif.

MYPIB dilaksanakan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia di 10 buah sekolah menengah di Malaysia mulai 2015 dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima sebagai bukan kurikulum atau matapelajaran tetapi sebagai rangka kerja pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

MYPIB di Malaysia menggunakan kurikulum kebangsaan, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, mengekalkan para pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan pelajar melaksanakan projek individu di tingkatan empat dan lima. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xAaTAB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.