Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isteri Biarkan Suami Perkosa Anak Jiran Depan Mata Selama 4 Tahun! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isteri Biarkan Suami Perkosa Anak Jiran Depan Mata Selama 4 Tahun!

Bagi wanita normal, pasti akan kecewa apabila tahu suaminya bermain kayu tiga. TAPI lain pula ceritanya di Pematang Kulim Desa, Indonesia. Seorang surirumah berusia 28 tahun bernama SW (nama dirahsiakan) tega membiarkan suaminya BS (nama dirahsiakan) 53 tahun memperkosa anak jiran mereka sejak 4 tahun lalu.

Mangsa bernama RH (nama dirahsiakan) yang kini berusia 14 tahun diperkosa sejak bersekolah rendah (sekolah dasar). Lebih mengejutkan SW beberapa kali melihat aksi suaminya memperkosa RH di depan mata tanpa rasa cemburu atau rasa bersalah.

Perbuatan terkutuk pasangan suami isteri ini akhirnya terbongkar lalu ditangkap polis Sektor Tambang pada 19 September lalu.

Menurut Ketua Polis Tambang, AKP Jambi Lumban Toruan, SW tahu perbuatan suaminya. Bahkan sering melihat sang suami memperkosa mangsa yang masih bawah umur.

“Kejadiannya berlaku di ruma suspek. Bahkan isterinya melihat,” ujarnya pada 20September lalu.

Menurut Jambi, berdasarkan pengakuan SW, dia membiarkan suaminya memperkosa mangsa sejak 4 tahun lalu kerana dia tidak dapat melayan keperluan seks suaminya. Alasannya dia menghidap penyakit sista ovary.

Akhirnya RH menjadi korban pemuas nafsu seks BS. RH pertama kali diperkosa ketika baru menduduki Kelas 6 Sekolah Dasar.

“Suspek mengaku menyetubuhinya setiap kali mangsa tidur di rumahnya,” ujar Jambi.

“Pelaku mengaku korban disetubuhi setiap korban tidur di rumahnya,” ujar Jambi, Rabu (20/9/2017).

Pada 19 September pukul 8.00 pagi, suspek dating ke rumah korban dan bertemu dengan ayahnya bernama TN berusia 52 tahun. BS menemui TN tidak lama setelah mangsa pulang ke rumah sambil menangis. Menurut mangsa, suspek melarangnya ke sekolah kerana dia tidak mahu lagi menginap di rumah BS dan berhubungan intim.

Perkara sudah terbongkar, suspek bertemu ayah mangsa dan menyampaikan hasrat untuk menikahi mangsa. Sebaliknya ayah mangsa meminta bantuan warga setempat untuk menangkap suspek kerana tidak dapat menerima anaknya menjadi korban pencabulan seksual selama ini.

Comments

comments



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xvGods

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.