Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat penjual kuih warga Bangladesh ditemui dalam longkang, ditetak dan dipotong kerana cemburu jualan kuih lebih laris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat penjual kuih warga Bangladesh ditemui dalam longkang, ditetak dan dipotong kerana cemburu jualan kuih lebih laris

Shah Alam – Mayat seorang penjual kuih warga Bangladesh ditemui dicampak di dalam longkang di persiaran Kuala Langat, Seksyen 27, dalam keadaan dipotong dan ditetak.

 

 

Mayat penjual kuih warga Bangladesh ditemui dalam longkang, ditetak dan dipotong kerana cemburu jualan kuih lebih laris

Mayat penjual kuih warga Bangladesh ditemui dalam longkang, ditetak dan dipotong kerana cemburu jualan kuih lebih laris

 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, majikan mangsa membua laporan tentang kehilangan salah seorang pekerjanya sejak Khamis lalu kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Kata beliau juga, dalam masa yang sama, majikan mangsa turut membawa dua lelaki warga Bangladesh yang didakwa membunuh mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu.

“Hasil siasatan yang dijalankan kemudian mendedahkan salah seorang suspek telah mengaku membunuh mangsa di sebuah flat di Taman Megah, Shah Alam, Khamis lalu.

“Kemudian, dengan bantuan seorang lagi suspek, mayat mangsa telah dibawa ke lokasi sebelum dibuang di longkang,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian setakat ini tidak menemui sebarang dokumen milik mangsa, namun pihaknya akan menjalankan pemeriksaan di flat terbabit untuk mencari bahan bukti atau senjata yang digunakan.

Mengulas lanjut, Shafien memaklumkan, motif kejadian dipercayai kerana suspek cemburu dan rasa sakit hati berikutan perniagaan kuih mangsa lebih laris daripada suspek.

Tambah beliau lagi, soal siasat mendapati, suspek telah membunuh mangsa dengan menggunakan tukul besi dengan menghentaknya di kepala. Dalam pada itu, suspek juga turut mengaku telah memotong mayat mangsa.

“Siasatan masih dijalankan dan kedua-dua suspek berusia 30-an ini akan direman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Via: SK



Sumber Mayat penjual kuih warga Bangladesh ditemui dalam longkang, ditetak dan dipotong kerana cemburu jualan kuih lebih laris

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wgFuQG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.