KPKT tubuh pasukan khas siasat penipuan rumah mampu milik
Menurut menterinya, Tan Sri Noh Omar, pasukan tersebut akan ditubuhkan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang turut akan disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan beberapa jabatan berkaitan.
"Saya telah pun meminta Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, K. N. Jayaselan untuk menubukan satu task force secara NBOS bersama wakil daripada PDRM dan KPDNKK, dan juga jabatan-jabatan berkaitan supaya jawatankuasa ini dapat menyiasat dakwaan (penipuan) ini," katanya dalam satu sidang media, hari ini.
Selain itu, beliau juga meminta pihak yang mendakwa telah tertipu termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib individu-individu tersebut, untuk tampil memberi maklumat."Saya harap mereka dapat tampil ke hadapan untuk memberi maklumat kepada task force ini, dan bukan sahaja beri nama tetapi juga nama dan (surat) perjanjian yang telah dibuat.
"Bila dah dapat maklumat lengkap ini, saya yakin barulah task force ini dapat mengambil tindakan," katanya.
Tambah Noh, dari segi tindakan, pasukan khas itu akan melihat kepada dua aspek iaitu aspek jenayah dan juga saman sivil.
"KPKT memandang serius perkara ini dan tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan di mana akhirnya akan merugikan rakyat," tegasnya.
Noh mengulas tentang dakwaan di media sosial bahawa terdapat syarikat-syarikat tertentu yang membuat penipuan melibatkan rumah-rumah mampu milik.
Jelasnya, syarikat-syarikat tersebut kebanyakannya tidak berdaftar dan tidak mendapat kelulusan daripada KPKT, serta bergerak sebagai kontraktor dan bukannya pemaju perumahan.
Sumber KPKT tubuh pasukan khas siasat penipuan rumah mampu milik
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wOASFN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment