Norman, Abby Bersanding kali Kedua
Pasti ramai yang mengagumi pasangan ini bukan? Bukan jarang-jarang kita jumpa bekas pasangan begitu erat. Norman Hakim membuktikan bahawa walaupun sudah berpisah, itu bukanlah penamat bagi hubungan mereka.
Lebih-lebih lagi berkongsi anak-anak. Ini sememangnya memberi panduan yang baik kepada masyarakat.
Terbaru, pasangan itu telah membuat keputusan untuk bertemu di pelamin bersama pasangan masin-masing.
Persandingan kali kedua itu juga merupakan untuk meraikan ulang tahun perkahwinan yang keenam Norman dan isteri, Memey Suhaiza.
Majlis yang berlangsung dengan meriah itu dihadiri kira-kira 600 orang tetamu termasuk rakan rapat pasangan berkenaan di IDCC Convention Centre, Shah Alam.
Bekas isterinya, Abby Abadi yang bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakaria, 43, atau Jaiezzany juga tidak melepaskan peluang untuk bersanding bersama.
Bagi Norman, majlis itu diadakan bagi merealisasikan impian untuk mengumpulkan keluarga besarnya.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merealisasikan impian kami dapat berkumpul sebagai keluarga besar.
“Biarpun terdahulu hubungan kami pernah melalui fasa kontroversi, namun hubungan persahabatan antara saya, Memey, Abby dan Jaiezzany tetap baik dan dijadikan sebagai inspirasi kepada semua,” kata Norman kepada sebuah portal online.
Dalam pada itu, majlis yang berlangsung itu juga meraikan anak sulung Norman dan Abby yang khatam Al-Quran, Mohamed Danish Hakim, 14, yang juga bakal melanjutkan pengajian hafazan Quran ke Turki, Oktober depan.
Hasil perkahwinan terdahulu, Norman dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9.
Manakala bersama Memey, Norman kini mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2.
Bagaimanapun, majlis perkahwinan itu juga merupakan sebahagian daripada gimik pelantikan Norman dan Memey sebagai duta syarikat katering acara perkahwinan, Mahligai Impian.
Apa yang menarik , sempena majlis itu, kumpulan yang dianggotai Abby terdahulu, Elite, berkumpul kembali setelah berbelas tahun tidak berkumpul bersama di pentas.
Mereka juga turut mempersembahkan lagu Manisnya senyumanmu, lagu yang pernah menjadi fenomena dahulu.
Video yang dirakam secara langsung oleh Sweetpictures itu ditonton lebih 13 ribu tontonan setakat ini. Rata-rata meninggalkan komen tersentuh dengan persahabtan mereka berlima.
The post Norman, Abby Bersanding kali Kedua appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yo1Dxg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment