Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penjenayah larikan 11 kilogram jongkong emas bernilai jutaan ringgit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penjenayah larikan 11 kilogram jongkong emas bernilai jutaan ringgit

BUTTERWORTH: Tiga penjenayah bersenjatakan kapak dan penukul melarikan beg berisi jongkong emas seberat 11 kilogram dan rantai emas dari sebuah kilang memproses emas di Jalan Siram, di sini, pagi Isnin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika dua pekerja syarikat terbabit yang baru turun dari kenderaan diserang dua lelaki dihadapan bangunan terbabit, sambil seorang lagi menunggu di dalam kereta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Supt Abd Aziz Daud berkata, beg berisi jongkong emas dan rantai emas itu dipercayai hendak dibawa ke kilang di Kuala Lumpur.

Katanya, rompakan itu berlaku dalam tempoh masa beberapa minit dan perompak dipercayai melarikan diri dengan kereta perodua Bezza berwarna merah.

Abd Aziz berkata, dalam kekalutan itu, pengawal keselamatan telah melepaskan empat das tembakan ke arah kenderaan tersebut dari tingkat satu kilang itu.

Pemeriksaan forensik di tempat kejadian menemui empat kelongsong peluru.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamun.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut agar tampil ke hadapan bagi membantu siasatan untuk mengesan penjenayah yang terlibat.



Sumber Penjenayah larikan 11 kilogram jongkong emas bernilai jutaan ringgit

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fLoWKd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.