Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah 5 Air Ini Betul Betul Berasal Dari Malaysia? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah 5 Air Ini Betul Betul Berasal Dari Malaysia?

Anda sangat bertuah sebenarnya jika lahir di bumi Malaysia kerana negara ini sememangnya kaya dengan pelbagai jenis hidangan dan juga minuman yang turut menjadi tarikan dari segi pelancongan.

Sebut saja nak minum apa? Pelbagai jenis minuman boleh dapat dan yang menariknya boleh pilih sama ada nak tambah ais atau tidak. Kalau ikutkan cuaca di Malaysia yang kebiasaannya hangat semacam saja, pastinya minuman berais akan menjadi pilihan.

Namun adakah air yang kami senaraikan ini benar-benar berasal dari Malaysia? Jom kami kongsikan beberapa minuman yang akan buat anda jatuh hati.

1. Teh Tarik

Tak sah sekiranya anda tidak pernah cuba teh tarik. Tak kisahlah yang manis mahu pun kurang manis. Malah pelancong juga tidak ketinggalan merasakan minuman ini sekiranya berkunjung ke Malaysia. Jika diikutkan, teh tarik sudah lama bertapak di negera kita.

2. Cendol

Paling nikmat minum cendol ini sebenarnya masa hari tengah panas. Duduk bawah pokok sambil makan cendol,kan? Fuh, lepas itu dapat pulak yang cendol durian pulak, memang tak senang duduk jawabnya.

Jika nak diikutkan, payah juga nak jumpa cendol di luar Malaysia dan tidak mustahil sebenarnya minuman ini berasal daripada Malaysia.

3. Coolblog

Lebih menarik lagi, sekarang ini jika anda rasa susah sangat nak dapatkan beberapa minuman yang kami senaraikan di atas, jangan risau lagi. Sebabnya kini Coolblog turut membawakan pelbagai minuman berasaskan minuman tempatan.

Malah pilihan seperti Coco Kacang Chocolate Smoothie, Cendol Durian Smoothie dan juga Coco Yam Pulut Hitam Smoothie ini sememangnya sudah sebati dengan gaya hidup di Malaysia ini. Apa yang pasti, kehadiran perisa baru ini sangatlah istimewa lebih-lebih lagi ia tiba pada hari kemerdekaan Malaysia yang ke 60.

Apa yang lebih penting adalah perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia dalam memeriahkan lagi suasana hidup penuh harmoni di negara yang berbilang kaum ini.

4. Lai Chee Kang

Mana mungkin Lai Chee Kang dilupakan. Ada yang panas dan ada juga yang sejuk. Lagi meriah bahan dalam Lai Chee Kang ini, lagi layan. Memang hilang dahaga kalau dapat pekena.

5. Air Soya

Air soya merupakan salah satu minuman yang sangat menjadi perhatian lebih lebih lagi di bulan puasa. Ada yang sarankan, jika makan karipap, cuba minum dengan soya sebab katanya memang serasi habis rasanya.

Percaya atau tidak, walaupun hanya minuman namun perkara ini dalam masa yang sama turut membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia berkongsi minat yang sama walaupun berbeza bangsa.

Jika ingin diikutkan asal usul setiap minuman yang disenaraikan, pastinya sejarahnya tidak akan habis. Bukankah lebih baik kepelbagaian itu turut diraikan bersama di negara tercinta ini?



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fCQUYR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.