'Dari dulu sampai sekarang tak maju, malu aku nak mengaku kau budak kampung aku'
Alangkah sedihnya, kawan yang dikenali selama 12 tahun, akhirnya tergamak memutuskan persahabatan gara-gara rakannya itu dituduh sebagai lelaki yang tidak berwawasan dan kerap menyusahkannya.
Pengadu cuba bertanya apakah salah dan silapnya, serta cuba meminta maaf sekiranya dia ada melukakan hati sahabat baiknya itu, namun lelaki berkenaan menghinanya sehingga malu mengaku mereka sekampung.
Sejauh mana kesetiaan sahabat-sahabat kita? Bloodbrother atau 'blahlahbrader'?
AKU nak share sikit cerita aku tentang sahabat aku yang dah jadi musibat ini, tongku (Sultan Melaka). Kami berkawan rapat sejak dari tingkatan empat dan sudah lebih 12 tahun berkawan. Kami berasal dari kampung yang sama, sekolah pun duduk satu kelas, sampai merantau ke Kuala Lumpur bersama dan tinggal di rumah sewa yang sama.
Kami saling memerlukan seperti adik beradik. Susah senang baik buruk nak terejal sama. Satu kepala sama, hobi main futsal, meremput.
Aku salute sahabat aku ini, dia ini orang yang berwawasan. Dia sambung belajar sampai dapat diploma. Kemudian dia apply kerja berjawatan. Tuhan memudahkan segala urusan dia. Dipendekkan cerita, dia sudah berkain, naik pangkat lagi, kemudian dikurniakan dua orang anak.
"Rezeki kau, bro..."
Dalam tempoh itu, sahabat aku ini semakin berubah. Dia sudah mula menjauhkan diri dari aku, bukan sebab dia berkeluarga tetapi dari segi dia berkawan dengan aku. Aku mula terasa sebab setiap kali aku ajak dia lepak sama, dia beri alasan bermacam-macam. Sampai satu hari itu dia kantoi. Pagi itu, aku mesej dia ajak breakfast bersama, tetapi dia balas kata ada kerja penting. Last sekali aku terjumpa dia breakfast dengan rakan-rakan sepejabat dia di tempat aku breakfast.
Aku mula rasa yang dia sudah tidak selesa nak lepak dengan aku. Yelah, aku kerja peon. Dulu kerja kilang, dia pula pegawai, lepak dengan saing dia pakai baju smart.
Aku 'belanja' screenshot perbualan WhatsApp aku dengan bekas sahabat aku ini. Nilailah sendiri orangnya sekarang macam mana. 200% berubah. Kalau beginilah lagak orang yang kononnya berjaya, aku rasa dia boleh pergi terjun lombong.
Dulu boleh melawak, bergurau kasar, lepak bersama, minta tolong bagai. Tetapi sekarang? Aku faham orang berkeluarga dan berkarier ini. Komitmen bertambah, masa pun semakin terhad. Aku boleh terima kalau dia tidak dapat nak tolong aku, tapi biarlah jawab dengan cara yang sopan dan beradab.
Selepas perbualan di WhatsApp itu, aku ada cuba menghubungi dia lagi dan bertanyakan khabar. Aku ingat dia akan lupakan peristiwa itu dengna aku. Kali ini dengan sangat ketara terutamanya cara dia bersmebang, memang jauh sekali berbeza. Dengan lagaknya, nadanya memarahi aku, seperti bercakap dengan orang asing. Padahal aku ini sahabat kau dulu bro!
Dulu boleh saja cakap elok-leok, bergurau, mengadu domba tentang hal-hal office sambil lepak minum kopi, hisap rokok John sampai jam 2-3 pagi. Dengan rendah diri aku berlembut dan bertanya, apakah salah aku dan aku nak minta maaf.
Selepas pertengkaran itu, dia ambil keputusan yang dia tiada kawan seperti aku ini yang lemah dan tidak berwawasan. Katanya,
"Tak ada kawan macam kau pun, aku tak rugi sebab kau bukannya mendatangkan hasil pun. Kau boleh pergi main jauh-jauh! Siang peon, malam jual roti john tak kemana."
Aku kenangkan kau ada anak dan isteri, tambahan pula kau budak kampung aku bro. Mak ayah, adik beradik kau pun aku kenal. Kalau ikutkan hati, memang aku nak henjut saja penumbuk aku ini di muka kau, di office kau itu bro. Tetapi mengenangkan aib kau dan hal touching ini, malas aku nak bawa berbalah.
Aku letak telefon dan tamatkan perbualan dan terus terngiang dalam kepala aku. Janji dia dahulu yang keluar dari mulut dia:
"Kau sahabat aku, di dunia dan akhirat, Kuri. Sampai mati aku ingat kau sampai bila-bila," ujar aku.
"Jangan risau, aku kahwin nanti, aku takkan lupakan kau. Kau family aku bro," katanya.
"Tak dapat aku balas jasa-jasa kau. Susah macam mana nanti aku akan tolong. Bloodbrother Kuri, brotherhood."
Harkkkkk tuiiiihhhlah jilake! Dari sini kau nilailah sendiri apa pengajaran yang kau dapat belajar. Manusia ini boleh berubah, mengambil peluang di atas kebaikan kau, mempergunakan kau, berpura-pura, ayat manis dan sebagainya.
Ini sahabat yang aku pernah kenal selama 12 tahun. Bukannya baru 12 bulan atau 12 minggu, atau 12 jam. Semua orang tak sempurna bro, semua orang sedang berusaha bro, tetapi jangan rasa diri kita ini hebat, suci, bijak dan martabat itu lagi tinggi dari orang lain. Ikut resmi padi.
Ini aku nak tanya. Umur aku berusia 28 tahun, tak ada kereta, tak kahwin lagi. Ini dikira sebagai gagal ke? Aku ada simpanan, tak pernah pinjam duit orang. Belanja mak adik beradik di kampung, cukup bulan aku bank ini. Kahwin pun boleh, tak payah buat loan. Guna kereta untuk apa kalau belum ada keperluan. Badan aku larat lagi nak jadi rider ulang alik kerja dengan balik kampung.
Tak macam kau Joi. Nak kahwin, loan. Tak cukup modal, pinjam duit dari kawan. Deposit kereta pun buat personal loan. Tak cukup modal jual kereta secondhand, kau pinjam lagi duit kawan. Dah senang, kau lupa kawan.
Apa-apa pun Joi aku nak ucapkan terima kasih di atas segala perkongsian kau, nasihat kau dan bantuan kau selama kita berkawan dan bersahabat.
Sumber 'Dari dulu sampai sekarang tak maju, malu aku nak mengaku kau budak kampung aku'
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xU0W2v
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment