Hi! Welcome Back and Stay Tune! Analisa Teknikal Mingguan 4 September – 8 September 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Analisa Teknikal Mingguan 4 September – 8 September 2017

EUR/USD – Analisa Mingguan 4 September – 8 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti jangkaan, EUR/USD masih dalam mood bullish pada minggu lalu dan telah mencapai target kenaikan ke sekitar harga 1.2050 sebelum ia kembali bearish. Secara teknikal, momentum wave masih menunjukkan pergerakan masih kuat ke arah bullish(HL,HH,HL,HH).

Walaubagaimanapun, jika diperhatikan ketika ini, sekiranya EUR/USD breakout support terhampir iaitu 1.1864/50, ia berpotensi untuk retrace bearish ke harga yang lebih rendah iaitu ke sekitar support seterusnya 1.1664/50. Tetapi jika ia gagal untuk breakout 1.1864, ia berpotensi untuk terus membuat kenaikan dan target terhampir adalah ke sekitar harga 1.2050/64 atau ke harga yang lebih tinggi bagi membentuk new HH.

Oleh itu, pada minggu ini EUR/USD mempunyai dua peluang yang boleh diperhatikan iaitu ‘long’ selagi ia tidak breakout support terhampir yang berada pada harga 1.1864 ataupun 1.1664/50. Apapun, kesimpulannya mood masih dikuasai uptrend ketika ini selagi ia tidak breakout Key Support.

GBP/USD – Analisa Mingguan 4 September – 8 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, harga pasaran GBP/USD masih gagal untuk breakout zone support iaitu sekitar harga 1.2830 – 1.2780 yang berpotensi membentuk new HL. Dan selagi ia tidak breakout, secara teknikalnya mood masih dikuasai oleh pergerakan bullish ketika ini.

Jadi pada minggu ini, Team Analisa berpendapat kebarangkalian untuk GBP/USD bullish masih tinggi ketika ini selagi ia tidak breakout zone support ini dan jika breakout resistance terhampir iaitu 1.3030, ia berpotensi tinggi untuk mencapai ke harga resistance seterusnya iaitu 1.3114 atau ke Key Resistance minggu ini 1.3020.

Walaubagaimanapun, jika breakout zone support ini, ia berpotensi untuk menguji ke harga Key Support mingguan yang berada sekitar harga 1.2600/50.

AUD/USD – Analisa Mingguan 4 September – 8 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pergerakan harga bagi AUD/USD masih dalam momentum bullish ketika ini selagi ia tidak breakout Key Support mingguan 0.7730 dan peluang yang boleh diperhatikan adalah pullback/retracement ke sekitar zone support sebelum ia meneruskan lagi kenaikan.

Jadi, harga sekitar 0.7880 – 0.7814 masih berpotensi untuk dicapai sebelum ia bullish. Oleh itu, sebarang penurunan selagi ia tidak breakout Key Support adalah retracement dan peluang untuk ‘long’ boleh diperhatikan di timeframe yang lebih kecil. Target bullish jika breakout Key Resistance adalah ke sekitar harga 0.8060 atau ke harga yang lebih tinggi iaitu 0.8114 bagi membentuk new HH.

Kesimpulannya, secara teknikal pergerakan masih dikuasai mood bullish(HL,HH,HL,HH) ketika ini berbanding bearish.

USD/JPY – Analisa Mingguan 4 September – 8 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

USD/JPY pada minggu lalu berjaya untuk membuat kenaikan ke sekitar zone resistance seperti yang dijangkakan sebelum ia mulai kembali bearish. Key Support dan Resistance mingguan masih dikekalkan pada harga yang sama pada minggu ini.

Jadi pada minggu ini, selagi ia tidak breakout 111.00, USD/JPY secara teknikalnya masih dalam mood bearish dan berpotensi untuk breakout Key Support bagi membentuk new LL sekitar harga 107.64/50. Walaubagaimanapun, sekiranya harga USD/JPY berjaya untuk breakout zone resistance, dan menutup harga di atas paras harga 111.00. Ia berpotensi tinggi untuk bullish dan mencapai ke resistance seterusnya.

Oleh itu, Key Support minggu ini memainkan peranan yang penting untuk menentukan samaada ia akan terus bearish ataupun sebaliknya. Dan peluang ‘short’ masih dikekalkan pada sekitar zone resistance selagi ia tidak dibreakout.

GBP/JPY – Analisa Mingguan 4 September – 8 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, GBP/JPY masih gagal untuk breakout Key Support untuk membentuk new LL dan telah membuat kenaikan ke sekitar zone resistance 143.14 – 141.60. Jika diperhatikan, ia masih berada di zone resistance tersebut dan selagi ia tidak breakout harga 143.14 pada minggu ini, GBP/JPY berpotensi untuk mulai mengorak langkah untuk terus bearish dan mencapai Key Support minggu ini atau membentuk new LL.

Walaubagaimanapun, jika ia breakout, target kenaikan retracement seterusnya yang berpotensi dicapai adalah sekitar harga 144.30. Jadi kesimpulannya, pergerakan wave masih menunjukkan ke arah bearish bagi timeframe daily ini dan selagi ia tidak breakout Key Resistance, mood bearish masih dikuasai ketika ini.

The post Analisa Teknikal Mingguan 4 September – 8 September 2017 appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eYYsoi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.