Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas ‘Harvey’ Kini Ribut ‘Irma’ Berkelajuan 240KM Sejam Pula Menuju Amerika Syarikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas ‘Harvey’ Kini Ribut ‘Irma’ Berkelajuan 240KM Sejam Pula Menuju Amerika Syarikat

Ribut ‘Irma’ yang juga merupakan ribut taufan Kategori 4 kini telah menjadi Kategori 5 sedang menghampiri Carribean dan kawasan selatan Amerika Syarikat pada Selasa. Selepas daripada bencana yang dibawa oleh Ribut Harvey, kini Irma pula sedang menuju Amerika Syarikat.

Amaran berjaga-jaga telah dikeluarkan kepada penduduk di bahagian Pulau Leeward, Pulau Virgin dan Puerto Rico bagi persediaan menghadapi ribut taufan yang dianggarkan berkelajuan  240 kilometer sejam.

“Ribut Irma yang merbahaya ini sedang menuju Pulau Leeward,” menurut pusat kajian ribut taufan. “Persediaan harus dibuat secepat mungkin di mana ribut ini dijangka akan sampai ke kawasan-kawasan tertentu pada lewat Selasa.”

Dalam maklumat awal, pusat ribut Amerika Syarikat mengatakan ribut Kategori 5 ini mampu bergerak dengan kelajuan 209-251 kilometer sejam dan mampu membawa bencana yang besar.

Dari segi persediaan, kerajaan Puerto Rico telah mengeluarkan notis kecemasan dan mengaktifkan Kawalan Kebangsaan. Puerto Rico mempunyai 3.4 juta penduduk dan telah menyediakan 456 pusat kecemasan.

Ribut taufan Irma juga dilihat akan mengancam kawasan pantai timur Amerika Syarikat dan Florida yang juga telah mengaktifkan kecemasan. Pusat kajian ribut menjangka ‘Irma’ akan sampai ke Selatan Florida pada Sabtu.

“Terdapat potensi yang semakin tinggi untuk melihat impak Irma kepada Semenanjung Florida dan Florida Keys lewat minggu ini. Selain itu, keadaan marin dan lautan juga akan semakin merbahaya yang akan memberi kesan kepada pantai timur Amerika Syarikat minggu ini,” kata pusat kajian ribut US.

Penduduk Texas dan Lousiana masih lagi terkesan oleh Ribut Harvey yang mencapai Kategori 4 pada 25 Ogos lalu di mana telah memusnahkan ribuan kediaman dan bangunan pejabat di Texas.

The post Selepas ‘Harvey’ Kini Ribut ‘Irma’ Berkelajuan 240KM Sejam Pula Menuju Amerika Syarikat appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gCR3v1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.