Rafizi cabar ‘pakar pusing BN’ debat ekonomi, kutipan cukai
Naib presiden PKR mahu melihat sendiri bagaimana Eric See-To 'menggoreng sotong' bila berdepan angka ekonomi sebenar.
SUNGAI BESI: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mencabar Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Eric See-To berdebat mengenai pertumbuhan ekonomi negara dan kutipan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), selepas Eric minggu lepas menyifatkan kenyataan Rafizi sebagai “temberang sotong goreng”.
“Saya menjemput beliau untuk berdebat dengan saya supaya saya boleh melihat sendiri bagaimana pakar pusing dari BN ini ‘menggoreng sotong’ bila berdepan dengan angka-angka ekonomi yang sebenar,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Invoke Malaysia hari ini.
Rafizi sebelum ini mendakwa kutipan cukai pendapatan tumbuh tidak seimbang berbanding pertumbuhan ekonomi negara, menunjukkan kerajaan mengenakan cukai lebih daripada sepatutnya ketika rakyat tidak merasai kenaikan gaji dan perniagaan tdak membuat keuntungan.
Rafizi berkata kenaikan kutipan cukai tahun ini, yang dijangka mencecah RM112.3 bilion berbandiing RM60.3 bilion pada 2010, bermakna Lembaga Hasil Dalam Negeri menjalankan audit secara agresif ke atas perniagaan yang dikaitkan dengan Pakatan Harapan dan mengutip cukai dari orang mati.
Eric bagaimanapun mendakwa kutipan cukai pendapatan melepasi pertumbuhan ekonomi negara bukan sesuatu yang luar biasa, dan membidas Rafizi kerana tidak mendedahkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Australia ketika membandingkan pertumbuhan kutipan cukai berbanding pertumbuhan ekonomi antara Australia dan Malaysia bagi tempoh 2010.
Rafizi hari ini berasa gembira “jurucakap utama” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyambut isu kutipan cukai yang “menekan rakyat”.
“Ramai yang berpandangan Eric See-To ini sebenarnya adalah Lim Sian See, iaitu mahaguru yang didewa-dewakan oleh tentera siber Umno selama ini untuk memusing kembali kritikan mengenai prestasi pentadbiran ekonomi Najib,” kata naib presiden PKR itu.
“Dengan beranggapan bahawa Eric See-To adalah Lim Sian See, maka saya ingin menjawab analisa mengenai percukaian oleh beliau.”
Rafizi pula jawab BN
Eric sebelum ini mengajukan 3 senario yang menyumbang kepada kutipan cukai lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara, antaranya peningkatan keuntungan perniagaan, kenaikan taraf pendapatan dan pertambahan pembayar cukai.
Eric berkata syarikat seperti Tenaga Nasional Berhad mencatatkan keuntungan sebelum cukai meningkat dari RM1.5 bilion dari 2009 kepada RM8.1 bilion pada 2016, dan Maybank dari RM1.7 bilion kepada RM8.5 bilion bagi tempoh yang sama.
Eric juga menambah taraf pendapatan rakyat bagi tempoh sama juga meningkat secara ketara, lalu menyumbang kepada kutipan cukai lebih tinggi, apabila lebih ramai individu menjadi pembayar cukai.
Eric akhirnya berkata cukai pendapatan dan korporat yang meningkat juga boleh menyumbang kepada kutipan cukai lebih tinggi namun itu tidak berlaku kerana sejak Najib menjadi menteri kewangan pada 2008, kadar cukai korporat yang tinggi turun daripada 27% pada 2007 kepada 24% manakala cukai bagi perusahaan kecil dan sederhana kini hanya 18%.
Tambahnya, cukai pendapatan bagi mereka yang memperolehi pendapatan RM100,000 setahun dan di bawah kumpulan pembayar cukai turut turun daripada 28% kepada 21% bagi tempoh yang sama.
Rafizi bagaimanapun menunjukkan angka yang berbeza. Menurut naib presiden PKR itu, kutipan pendapatan perseorangan sebenarnya turun mendadak dari RM51,288 juta pada 2012 kepada RM27,566 juta pada 2016.
“Ini kerana gaji pekerja rata-rata berada di bawah had minima membayar cukai,” katanya.
“Di antara tahun 2013 hingga 2015 seranai lebih 500,000 orang pekerja Malaysia tidak lagi perlu membayar cukai perseorangan kerana gaji mereka adah terlalu rendah berbanding dengan had minima pendapatan kena bayar cukai (sekitar RM4,000).”
Disebabkan keadaan itu kerajaan perlu mengutip cukai tidak langsung seperti GST dan meningkatkan cukai korporat bermula 2014.
“Pengenalan GST pada 2015 menyebabkan cukai tidak langsung dikutip daripada rakyat meningkat 100% dan kekal sekitar 3.7% dari jumlah ekonomi negara.
“Manakala bermula 2014 cukai koporat meningkat 2 kali ganda berbanding 2012, iaitu dari RM23 bilion menjadi RM65 bilion sedangkan pertumbuhan ekonomi ketika itu hanyalah sekitar 5% bagi tempoh masa itu,” katanya. FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wDKEHC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment