Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bomba Sukarela Sesak Nafas Ketika Kawal Kebakaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bomba Sukarela Sesak Nafas Ketika Kawal Kebakaran

SIMUNJAN: Seorang anggota Pasukan Bomba Sukarela mendapat pengajaran berharga ketika cuba memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Kalaka, di sini, hari ini.

Mahdi Norong, 27, bertindak berani dengan meredah api sedang marak untuk mengawal kebakaran yang berlaku pada jam 11.40 pagi itu.

Bagaimanapun, beliau mengalami sesak nafas dan keletihan akibat asap tebal selain api yang marak dengan cepat.

Berikutan itu, beliau segera dikejarkan ke Hospital Simunjan untuk rawatan lanjut dan kini keadaannya dilaporkan stabil.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.48 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata, anggota PBS itu terbabit dalam operasi pemadaman kebakaran di lokasi kejadian sebelum dilihat lemah oleh anggota lain yang kemudian menghantarnya ke Hospital Simunjan untuk pemeriksaan lanjut.

Dalam kejadian itu, sebuah rumah yang dibina menggunakan kayu dan didiami enam sekeluarga musnah manakala dua rumah bersebelahan berjaya diselamatkan.

"Api marak begitu cepat kerana rumah dibina menggunakan kayu. Selain itu, angin yang kuat menjadi faktor kebakaran merebak memusnahkan keseluruhan rumah.

"Pasukan bomba yang tiba berjaya memadamkan api selain menghalang kebakaran merebak ke rumah bersebelahan yang terletak beberapa meter saja," katanya.

Ling Hii berkata, ketika kejadian tiada penghuni di rumah berkenaan kerana keluar bekerja dan kebakaran disedari jiran sebelum menghubungi pasukan bomba.

Katanya, anggota bomba PBS yang dimaklumkan mengenai kejadian mengambil langkah awal untuk mengawal kebakaran sebelum anggota lain tiba.

"Jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM100,000 dan punca kejadian masih dalam siasatan pasukan forensik bomba," katanya. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eGt1Cl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.