Hi! Welcome Back and Stay Tune! Labuan Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Penularan Rabies - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Labuan Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Penularan Rabies

LABUAN, 5 Sept (Bernama) -- Pihak berkuasa kesihatan di sini bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi kemungkinan berlaku penularan rabies atau penyakit anjing gila melalui kerjasama rapat dengan agensi kerajaan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata klinik dan hospital kerajaan di pulau bebas cukai ini juga dilengkapi kemudahan diperlukan untuk menghadapi kemungkinan itu, termasuk vaksin.

"Petugas perubatan kami di klinik dan hospital kerajaan telah menjalani latihan simulasi mengenai rabies sebagai persiapan menghadapi penularan penyakit itu di sini," katanya pada sidang media selepas berakhirnya Latihan Simulasi Lapangan Satu Kesihatan mengenai Rabies untuk Borneo Utara di sini hari ini.

Beliau berkata jabatan itu telah menubuhkan unit bagi mengesan kehadiran penyakit bagi melancarkan urusan pengumpulan data berkaitan.

"Sebaik sahaja kami menerima data dan maklumat mengenai penularan sesuatu penyakit, tindakan segera akan diambil untuk mengawalnya," kata beliau.

Menurut beliau, langkah mencegah penularan rabies dilaksanakan melalui pendekatan holistik oleh semua agensi kerajaan, termasuk Perbadanan Labuan (LC) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Pengarah Jabtan Perkhidmatan Veterinar Labuan Dr Elizabeth Edward Juan mengesahkan bahawa ketika ini, Labuan bebas daripada penularan rabies dan jelas beliau, pemantauan sentiasa dilakukan bagi mengesan penyakit itu.

"Kami sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan tercetusnya penularan penyakit kerana tidak wujud risiko sifar sebab setiap kawasan mempunyai risiko tersendiri.

"Satu daripada cara untuk mengawal ketat penularannya ialah dengan mengharamkan kemasukan kucing dan anjing dari Sarawak," kata beliau.

Pengerusi majlis penasihat LC Datuk Bashir Alias pula berkata operasi menangkap anjing liar di kampung dan kawasan kediaman juga telah dimulakan dengan bantuan orang ramai. --BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iZ68ve

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.