Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak menggelupur kesakitan terkena tumpahan sup panas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak menggelupur kesakitan terkena tumpahan sup panas

CHINA - Seorang kanak-kanak melecur di beberapa bahagian badannya selepas seorang pelayan restoran secara tidak sengaja tertumpah sup panas dari periuk yang dibawanya. 
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran itu kejadian itu kemudian viral di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 
Berdasarkan video, kanak-kanak berkenaan duduk di kerusi bersebelahan dengan lorong atau laluan dan ibunya duduk disebelah kanannya, serta bapanya di hadapan. 
Mangsa dilihat sedang asyik bermain telefon bimbit sementara menunggu hidangan mereka dihantar. Dalam masa yang sama, datang seorang pelayan yang sedang membawa periuk yang mengandungi sup panas dan ketika berjalan menghampiri meja keluarga berkenaan, dia secara tiba-tiba tergelincir. 
Keadaan itu menyebabkan periuk sup yang dipegangnya tidak stabil lalu terlepas dari tangannya dan terjatuh ke atas meja. Kocakan air sup yang tidak menentu itu kemudian tersimbah pada seluruh badan mangsa. 
Mangsa yang terkejut itu kemudian menggelupur kepanasan lalu diangkat oleh ibunya. Sementara bapanya membuang periuk itu ke lantai dan segera mendapatkan anaknya. 
Pelayan terbabit tergamam dan kelihatan cuba meminta maaf di atas apa yang berlaku. Namun pasangan itu tidak mengendahkannya kerana sudah panik dengan kejadian yang menimpa mangsa. 


Pemilik restoran itu kemudian datang dan menjelaskan apa yang berlaku. Katanya, sup dalam periuk yang dibawa oleh pekerjanya itu tidak begitu panas kerana mereka mengambil sup itu dari periuk asal dan dibiarkan seketika sebelum dibawa ke belakang untuk kegunaan yang lain. 
Menjelaskan wap yang terhasil seperti yang dirakam dalam video, pemiliknya menjelaskan wap itu terhasil dari periuk yang panas itu, bukannya wap dari sup tersebut. 
Bagaimanapun, pemilik restoran berkata dia telah berbincang dengan ibu bapa mangsa dan akan menanggung kos rawatan mangsa dan dibayar pampasan di atas apa yang berlaku. 
Sementara itu di media sosial, netizen menasihatkan ibu bapa tidak sepatutnya meletakkan anak mereka di kerusi di sebelah luar kerana kejadian seumpama itu boleh berlaku pada bila-bila masa. 
Selain itu, netizen turut mencadangkan, pelayan sepatutnya membawa hidangan panas seperti itu menggunakan troli makanan, bukannya membahayakan diri dan pelanggan dengan membawa periuk yang mengandungi makanan panas seperti yang berlaku dalam kejadian itu. 


Netizen juga mengecam tindakan pelayan terbabit yang tidak berhati-hati ketika membawa periuk tersebut. Namun, ada segelintir yang berkata pelayan terbabit tidak bersalah, sebaliknya pemilik restoran yang sepatutnya dipersalahkan kerana gagal memastikan premisnya bersih sehingga mengabaikan aspek kebersihan pada lantai yang akhirnya menyebabkan pekerjanya tergelincir dek lantai yang berminyak. 


Sumber Kanak-kanak menggelupur kesakitan terkena tumpahan sup panas

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xtSEgR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.