Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Need Uber? Call me” – Kerana tweet ini SPAD tegur Aeril Zafrel, padahal dia hanya bergurau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Need Uber? Call me” – Kerana tweet ini SPAD tegur Aeril Zafrel, padahal dia hanya bergurau

"Need Uber? Call me" - Kerana tweet ini SPAD tegur Aeril Zafrel, padahal dia hanya bergurau

“Need Uber? Call me” – Kerana tweet ini SPAD tegur Aeril Zafrel, padahal dia hanya bergurau

Kerana tindakan Aeril Zafrel yang memuat naik satu foto di laman Twitter nya dengan status ”Need Uber? Call Me” (perlukan uber, sila hubungi saya) menyebabkan dia telah ditegur oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pihak SPAD telah membalas status Aeril dengan menulis “Tindakan boleh diambil jika kereta persendirian digunakan sebagai pengangkutan awam tanpa permit.

Jawapan balas SPAD itu diterima oleh Aeril selepas ada seorang pengguna Twitter  telah retweet kembali status tersebut dengan memetik akaun  @aduanSPAD.

Aeril menjelaskan bahawa foto yang dimuat naik ke akaun Twitter nya itu hanya untuk gurauan semata-mata ketika di dalam kereta selepas pulang bercuti.

 

Namun demikian, beliau tidak menyangka ada pengikutnya di laman Twitter yang mengambil serius terhadap foto tersebut.

“Gambar selfie di dalam kereta itu diambil semasa saya dan keluarga bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Niat saya sahaja nak bergurau dengan peminat, tak sangka pula ada yang ambil serius sehingga memetik akaun SPAD di foto tersebut.

“Mungkin peminat pun nak bergurau, maklumlah di alam maya ni macam-macam ragam ada,”katanya kepada mStar Online.

Status yang dimuat naiknya itu mendapat hampir 400 retweet dan rata-rata peminat meninggalkan komen yang berbentuk gurauan kepada pelakon itu.

“Ini kalau buat uber, perempuan nak pusing 1 Malaysia agaknya,” kata pemilik akaun bernama @SyafiqElfDrew.

Manakala, “nombor mana abang, nak telefon!,” tulis akaun @naxny.

Sumber: SK



Sumber “Need Uber? Call me” – Kerana tweet ini SPAD tegur Aeril Zafrel, padahal dia hanya bergurau

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2huYtAX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.