Hi! Welcome Back and Stay Tune! KHALID BAKAR DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI PRASARANA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KHALID BAKAR DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI PRASARANA

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad yang baru.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menerusi satu kenyataan media, hari ini.

“Saya ingin memaklumkan pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad yang baru.

“Beliau menggantikan Tan Sri Ismail Adam yang telah tamat tempoh pelantikannya pada 31 Ogos lalu,” katanya.

Selain itu, Najib turut mengumumkan, Khalid yang baru bersara sebagai ketua polis negara semalam juga dilantik sebagai duta khas bagi meningkatkan hubungan dalam usaha perangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.

“Ini memandangkan pengalaman meluas serta hubungan baik Khalid dengan agensi antarabangsa sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai ketua polis negara dalam menangani masalah tersebut,” katanya.

Jawatan ketua polis negara sekarang disandang oleh bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Semalam, beliau semasa menerima tugas baru, berikrar mahu terus menumpukan usaha memerangi pengganas sebagai agendanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wAGzp8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.