Laman YouTube-MP3.Org Menghentikan Operasi Selepas Disaman RIAA
Semakin hari semakin sukar untuk mencari sumber video dan muzik secara haram di internet. Sebelum ini beberapa laman Torrent, kumpulan pencetak rompak dan penstriman haram mengangkat bendera putih selepas disaman oleh pemilik harta intelek. Terkini laman YouTube-MP3.org yang menukar video Youtube menjadi fail Mp3 pula turut berkubur.
Pemilik laman, Philip Matesanz telah bersetuju menghentikan operasi sebagai jalan penyelesaian selepas disaman oleh RIAA (Recording Industry Association of America). Hak milik laman ini berpindah tangan ke RIAA dan perkhidmatan mengubah video ke Mp3 tidak lagi berfungsi. Sekiranya video cuba diubah, laman memaparkan mesej ia sedang diselenggara.
Dengan penutupan ini pengguna tidak lagi boleh memiliki Mp3 secara haram dan perlu melanggan kepada perkhidmatan penstriman “halal” seperti Spotify dan Apple Music. Adakah di kalangan pembaca Amanz yang masih lagi mendengar Mp3? Kami secara peribadi sudah laman berpindah ke perkhidmatan penstriman kerana lebih banyak lagu dapat didengari tanpa memenuhkan storan peranti.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vZU12k
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment