Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penghulu terlibat kemalangan, penerbangan balik cucu ke KL ditangguh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penghulu terlibat kemalangan, penerbangan balik cucu ke KL ditangguh

KABONG: Sebuah keluarga yang sedang dalam perjalanan ke Kuching berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di kawasan Simpang Bajau, Jalan Saratok-Sri Aman pagi tadi.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu kenderaan yang dinaiki seorang penghulu di sini telah terbabas dan terhumban ke dalam parit di bahu jalan raya.

Akibat kejadian itu, isteri penghulu terlibat mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan patah dua tulang rusuk.

Menurut anak saudara penghulu terbabit, ketika kejadian kereta Perodua Viva yang dipandu anaknya cuba mengelak kereta Kancil yang datang dari arah belakang dan seterusnya bergesel pada bahagian belakang kedua-dua kereta menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu terbabas.

Isterinya yang cedera kini dirawat di Hospital Saratok. Sementara itu penghulu dan anaknya tidak mengalami kecederaan.

Keluarga berkenaan dikatakan hendak ke Kuching bagi tujuan menghantar cucunya yang akan berangkat ke Kuala Lumpur esok.

Ekoran daripada kejadian itu penerbangan cucunya ke Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eOZMtJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.