Hi! Welcome Back and Stay Tune! Taktik Menggunakan Burung Merpati Menghantar Dadah Kepada Penghuni Penjara 'Kantoi' Apabila Ditembak Mati.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Taktik Menggunakan Burung Merpati Menghantar Dadah Kepada Penghuni Penjara 'Kantoi' Apabila Ditembak Mati..


SEEKOR merpati yang digunakan untuk menghantar dadah kepada penghuni penjara telah ditembak mati.

Burung tidak bersalah itu dilihat sering terbang memasuki kawasan penjara di bandar Santa Rosa, Argentina, lapor BBC.


Pegawai-pegawai bertugas berasa curiga apabila melihat burung tersebut sering berulang-alik ke bangunan berkenaan.


Mereka kemudian memutuskan untuk membuat siasatan dengan menembaknya.

Selepas siasatan, mereka mendapati merpati berkenaan membawa bungkusan kecil yang dipenuhi dengan pil khayal, ganja dan pemacu USB, menurut akhbar Clarín.

Akhbar itu juga menyiarkan gambar burung merpati yang terbunuh yang 'dipakaikan' dengan beg kecil.


Pada tahun 2013 perkhidmatan penjara Argentina memberi amaran kepada pengedar yang menggunakan merpati pengangkut khas untuk menghantar dadah dan bahan rahsia lain.

Mereka mendakwa, merpati tersebut melakukan antara 10 dan 15 perjalanan setiap hari.


Selepas siasatan pada 2013, tiga orang ditangkap dan 15 yang dipanggil 'narco-merpati' telah dirampas.

Bagaimanapun ia bukanlah masalah yang berlaku di Argentina sahaja.

Awal tahun ini, pada bulan Mei, seekor merpati ditangkap di Kuwait berhampiran sempadan Iraq kerana membawa 178 pil ketamin.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wzUJoJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.