Hi! Welcome Back and Stay Tune! TM : Gangguan Rangkaian Masalah Kabel Dasar Laut Untuk Pelanggan TM Adalah Sangat Minima - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TM : Gangguan Rangkaian Masalah Kabel Dasar Laut Untuk Pelanggan TM Adalah Sangat Minima

Lanjutan daripada semalam, hari ini akhirnya pihak Telekom Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan masalah kabel dasar laut. Menurut TM, mereka mengesahkan yang mana rangkaian Cahaya Malaysia dan juga AAG (Asia-America Gateway) mengalami sedikit masalah – dimana ia memautkan rangkaian antara Hong Kong ke Jepun, Filipina, Malaysia, dan Singapura – selain termasuk ke Amerika Syarikat dan Asia Utara.

TM mengatakan masalah kabel dasar laut seperti ini adalah normal, dan konsortium rangkaian disebaliknya telah mengambil langkah sepatutnya untuk baik-pulih.

Pada masa yang sama, Telekom Malaysia turut mengatakan mereka tidak nampak sebarang degradasi (kemerosotan) kapasiti dalam menawarkan perkhidmatan disebabkan oleh insiden ini. Walaubagaimanapun, TM telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kesesakkan rangkaian, dan menawarkan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan mereka.

Bagi anda yang menggunakan rangkaian TM, adakah anda tampak sebarang kesan daripada insiden kabel dasar laut ini?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wxjbbT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.