Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tebar Roti Canai Demi Abah..”, Gadis Cantik 20 Tahun Jadi Tumpuan Netizen! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tebar Roti Canai Demi Abah..”, Gadis Cantik 20 Tahun Jadi Tumpuan Netizen!


Biasanya gadis di awal usia 20-an gemar ke pusat membeli belah untuk meluangkan masa menonton wayang dan sebagainya, berbeza dengan seorang wanita dari Kedah ini ini.

Baru berusia 20 tahun, wanita ini memilih untuk bekerja menebar roti canai di gerai bapanya. Menurut Intan Izani Mohd Bakri, dia tidak merasa malu atau segan menebar roti canai di gerai bapanya di pekan Lunas, Kedai yang dibuka sejak 30 tahun yang lalu.

“Saya membesar di sini, dari kecil tengok abah uli tepung dan buat roti canai, dari situlah timbul minat untuk belajar dan cari rezeki dengan cara ni.

Kalau minat tak boleh malu, dulu mungkinlah malu sikit. Setakat pelanggan usik dan kacau-kacau tu biasalah, saya tak kisah sangat selagi mereka tak keterlaluan,”



Tambah Izani lagi, dia sememangnya bercita-cita menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

“Saya langsung tak pernah terfikir nak sambung belajar atau kerja makan gaji, dari dulu memang cita-cita saya nak sambung bisnes abah.”

Sebagai seorang penebar roti canai, Izani memberitahu bahawa rutin hariannya bermula pada pukul 6 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi. Tidak hanya berkerja menebar roti, Izani turut membuat kerja-kerja yang lain seperti membancuh air, mengira duit dan mengambil pesanan daripada pelanggan yang datang berkunjung ke kedainya.

Gadis cantik sepertinya tidak mungkin terlepas daripada diusik pelanggan yang berkunjung di kedainya. Tidak hanya diusik, Izani turut dikritik oleh pelanggan lain yang sering mengadu roti canai yang dibuatnya koyak dan bersaiz petak.

Tugas berkenaan terpaksa digalasnya apabila bapanya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital kira-kira empat tahun yang lalu.

Ekoran gambar dan video dirinya yang tular di media sosial, dia menerima lebih ramai pelanggan daripada Kuala Lumpur dan Sabah.


Sumber: mStar Online


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ezkJIU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.