Hi! Welcome Back and Stay Tune! U.S. TAK YAKIN PIMPINAN NAJIB BOLEH HADAPI CHINA: RAKYAT TERHINA TRUMP PANGGIL MENGADAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

U.S. TAK YAKIN PIMPINAN NAJIB BOLEH HADAPI CHINA: RAKYAT TERHINA TRUMP PANGGIL MENGADAP

Berasaskan kepada sekatan  keras  Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap kemasukan rakyat negara Islam tertentu, maka lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib ke negara itu   minggu hadapan (12 September) tidaklah menggembirakan rakyat Malaysia terutama orang Islam sebaliknya mereka memandang serong dan curiga.

Banyak pemerhati politik dan ekonomi lebih melihat lawatan Najib sebagai dipanggil mengadap kerana sikap berbaik Najib yang tidak berhati-hati  dan gopoh gapah dengan Republik Rakyat China terutama dalam kerjasama ekonomi yang melibatkan kawasan keselamatan di Malaysia sendiri.

AS melihat kerjasama ini, akan mengikat Malaysia dengan tekanan politik dan keselamatan  dengan China dalam jangka panjang.

Walaupun beberapa tindakan Trump dilihat sebagai tidak disenangi oleh rakyatnya sendiri tetapi langkah mendekati Russia sebaik sahaja beliau mengambil alih kuasa difahami oleh  negara-negara Eropah dan juga dunia antarabangsa sebagai diperlukan  dengan kemaraan strategi ekonomi China yang telah pun menggugat beberapa negara di Africa begitu agresif dan pantas di Asia Tenggara.

Walaupun Malaysia merupakan negara Asia pertama merintis hubungan deplomatik dengan China ketika keganasan  PKM (Parti Komunis Malaya) masih berjalan di Malaysia tetapi AS mempunyai keyakinan terhadap kebijaksanaan kepimpinan Malaysia masa itu Tun Abdul Razak untuk mengendalikannya  tetapi kepincangan pengurusan negara di bidang keselamatan dan ekonomi di bawah pimpinan anaknya Datuk Sri Najib menimbulkan keraguan, prasangka dan debaran  di AS.

Malaysia dan Singapura yang berlatar belakangkan doktrin keselamatan dan ekonomi  Barat sejak sebelum merdeka  dilihat  sebagai Strategic Partner AS dan Barat  dalam menghadapi China tetapi AS melihat hal ini tidak lagi terjamin di bawah Najib.

Maka itulah kenyataan Kedutaan AS menegaskan lawatan Najib itu akan memperkukuh hubungan dua hala dan akan mengembangkan kerjasama rantau antara rakan Amerika Syarikat di Asia Tenggara.

Najib sedapat mungkin mahu mengelakkan lawatan ke AS kerana takut menghadapi wartawan -wartawan AS yang agresif tetapi beliau tidak dapat menolak panggilan mengadap kuasa besar ini.

http://ift.tt/2c8nmBg

.

 



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x17kEJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.