Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apahal Vida? Selalu Taja Tapi Asyik Terkena! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apahal Vida? Selalu Taja Tapi Asyik Terkena!

BUKAN dulu dah terkena? Kan dulu mikrofon kena rampas? Kan dulu tengah bercakap hos karcis dan potong perbualan?

Tahun ini komplen lagi. Macam orang yang tidak belajar daripada pengalaman. Kata sudah lama meniaga, sudah banyak makan asam garam. Balik-balik terkena juga.

Bak kata: Hanya orang cuai dipatuk ular dua kali di lubang yang sama.

Itulah kisah diva kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman (Vida) yang kini penaja utama Gegar Vaganza musim keempat.

Semalam Vida mengomel lagi, apabila tidak diberi ruang berucap pada majlis sidang media program popular itu.

Bukan satu, tetapi empat status dimuat naik di laman Instagramnya. Bertalu-talu Vida melahirkan rasa kecewa dengan kejadian itu.

Katanya, berjuta-juta ringgit dilaburkan, tetapi tidak diendahkan ketika sidang media. Vida merungut, dirinya hadir tapi tidak dijemput berucap pada sesi mengumumkan senarai artis musim baharu program realiti itu.

Malah, Vida tegas mengingatkan, luahan itu bukan gimik. Katanya, dia selaku penaja, sepatutnya diberikan ruang berucap.

“Penganjur tak panggil saya bercakap sepatah pun. Saya tak puas hati, pengajur lain yang saya taja pun bagi bercakap mengenai produk sendiri,” katanya.

Masalahnya, bukan sekali. Hampir dalam setiap program selaku penaja, Vida akan membebel dirinya dilayan tidak semena-mena.

Persoalannya: Takkanlah taja berjuta-juta, tak bincang dulu, apa pulangan pelaburan (ROI) yang diperolehi?

Itu asas dalam rundingan penajaan. Setelah mendapat penjelasan ROI, barulah termeterai persetujuan. Jadi, tidaklah berbalah dan bertekak mengenai apa manfaat dan perjanjian penampilan yang diperolehi.

Vida macam jadi alat. Malah, protesnya kali ini dengan empat video IGnya hanya menambahkan publisiti pada program tersebut. Vida tetap macam itu juga; terpaksa membebel dan membebel sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yEmpwu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.