Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sikap masyarakat abai keselamatan, dorong lebih ramai 'doktor gigi palsu' - MPDPA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sikap masyarakat abai keselamatan, dorong lebih ramai 'doktor gigi palsu' - MPDPA

KUALA LUMPUR: Sikap masyarakat yang mahukan caj rawatan pergigian yang murah dan perkhidmatan yang cepat sehingga sanggup mengabaikan aspek keselamatan akan mendorong kewujudan lebih ramai doktor gigi palsu, kata Persatuan Pengamal Pergigian Swasta (MPDPA).

Presidennya Dr V. Nedunchelian berkata penawaran perkhidmatan yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja turut memikat orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan doktor gigi palsu itu sekali gus menyumbang kepada percambahan mereka.

Masyarakat tidak perlu membuat temu janji dan tunggu giliran sedangkan hakikatnya tindakan mereka menggunakan perkhidmatan doktor gigi palsu ini hanya mengundang bahaya kepada diri mereka sendiri, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya perkhidmatan yang lazim menjadi pilihan masyarakat daripada doktor gigi palsu terbabit ialah pemasangan pendakap gigi dan gigi palsu.

Menurut Dr Nedunchelian terdapat pesakit yang datang ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami komplikasi akibat memilih perkhidmatan memasang gigi palsu daripada doktor palsu.

"Pesakit ketika itu mengalami bengkak gusi yang serius. Gigi palsunya melekat pada rangka gusi menyebabkan kesakitan teruk akibat tekanan yang menyucuk bahagian gusi asal serta banyak ulser di dalam mulut.

"Cara pemasangan menggunakan dawai yang diikat seperti itu bukanlah teknik sebenar. Apabila saya tanya di mana dia dapatkan khidmat itu (pasang gigi palsu), pesakit hanya menjawab ada orang datang rumah pasang, namun enggan mendedahkan hal sebenar," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata rawatan pergigian bukan satu proses yang mudah kerana ia adalah proses klinikal yang memerlukan prosedur sangat rapi.

"Doktor akan memeriksa pesakit terlebih dahulu bagi memastikannya sesuai dan benar-benar perlu menjalani rawatan gigi bagi mengelak berlaku sebarang komplikasi," katanya.

Mengenai isu perkhidmatan pemakaian pendakap gigi tiruan, Dr Nedunchelian meminta masyarakat agar tidak menjadikannya sebagai trend sehingga mengetepikan risiko yang boleh dihadapi.

Berlawanan dengan kepercayaan sesetengah masyarakat, pemasangan pendakap gigi untuk menangani masalah gigi jarang, berlapis atau rahang tidak harmoni memerlukan proses yang kompleks termasuk pemeriksan rapi serta tidak boleh dipelajari daripada YouTube, tegasnya.

-- BERNAMA



Sumber Sikap masyarakat abai keselamatan, dorong lebih ramai 'doktor gigi palsu' - MPDPA

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yYO0EX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.