Hi! Welcome Back and Stay Tune! MDEC Kembali Dengan Acara LEVEL UP KL 2017 – Bakal Berlangsung Pada November Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MDEC Kembali Dengan Acara LEVEL UP KL 2017 – Bakal Berlangsung Pada November Ini

Level Up KL adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh MDEC, dimana mereka memfokuskan pembangunan permainan video dan arena kreatif. Acara ini bertujuan untuk menyatukan pembangun-pembangun permainan disamping memberi peluang kepada peserta untuk belajar dan berkongsi ilmu berkenaan industri permainan video bukan sahaja dari Malaysia, malah dari seluruh Asia Tenggara.

Bersempena acara tersebut, MDEC bakal mengadakan pelbagai aktiviti termasuklah bengkel, pameran dan juga persidangan khas permainan video. Antara panel yang dijemput adalah Luis Cataldi daripada Epic Games, Danny Koo daripada Marvel dan juga Wan Hazmer dari Square-Enix.

Tambahan juga, bagi mereka yang meminati siri permainan Uncharted, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berjumpa dengan Brian Recktenwald, iaitu Enviroment Artist daripada Naughty Dog. MDEC juga mengumumkan pelbagai pembangun-pembangun permainan daripada Bioware, EA Motive dan sebagainya bakal menyertai acara tersebut, termasuklah Falk Au Yeong dari SoundtRec – komposer untuk permainan Sonic Mania dan Lightning Returns: Final Fantasy XIII.

Selain acara persidangan oleh pembangun-pembangun permainan, Level Up KL juga akan mengadakan acara The SEA Game Jam, dimana ia diaturkan oleh International Game Developers Association (IGDA) Malaysia dan acara ini akan memfokuskan perserta untuk membentangkan idea untuk permainan video. Dengan kerjasama Media Prima Labs juga, pemenang bagi acara tersebut berpeluang untuk dibiayai untuk membangunkan permainan tersebut.

LevelUpKL

Shawn Beck, pembangun permainan Velocibox, menyatakan bahawa acara The SEA Game Jam ini merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan lagi industri permainan video di Malaysia dengan memberi peluang kepada pembangun-pembangun permainan untuk bekerjasama dan membangunkan sebuah permainan video yang menarik buat pengguna.

Menurut Hasnul Hadi Samsudin, Naib Presiden MDEC, acara ini merupakan satu kemajuan oleh MDEC dengan kejayaan mereka tahun lepas. Ketika acara Level Up KL pada 2016 lebih 600 pengunjung telah menyertainya. Beliau berharap tahun ini mereka akan meningkatkan jumlah perserta sehingga melebihi 700 pengunjung daripada seluruh Malaysia dan juga Asia Tenggara. Disamping itu beliau juga berharap agar dengan acara seperti South East Asia Game Awards, MDEC dapat meraikan pembangun-pembangun permainan dan memberi mereka pengiktirafan terhadap industri tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk menghadiri acara Level Up KL, anda boleh ke laman rasmi Level Up KL untuk membeli tiket pada harga bermula RM100 untuk menghadiri bengkel. Sehingga 15 Oktober ini, anda juga boleh mendapatkan tiket awal persidangan dengan hanya RM400 berbanding dengan harga asalnya RM800.

Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di Aksiz.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yfpphQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.