Subhanallah. Rasulullah MELARANG Tidur Dalam Keadaan LAMPU MENYALA. Banyak MANFAAT
Subhanallah. Rasulullah MELARANG Tidur Dalam Keadaan LAMPU MENYALA. Banyak MANFAAT | Baca Viral – Elakkan melayari laman sosial atau internet sebelum tidur. Bagi mengelakkan mata panda hehe..
SABDA RASULULLAH
Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:
“Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)
Ada sesetengah daripada kita yang tidur tanpa pernah memadamkan lampu. Mungkin terlupa atau sudah menjadi kebiasaan individu. Padahal Rasulullah SAW menyeru agar kita memadamkan lampu pada waktu tidur malam.
Benar, apa yang diperintahkan oleh Nabi kita ini sangatlah bermanfaat. Selain terhindar dari kejahilan syaitan, juga sangat bermanfaat kepada kesihatan.
HORMON TERHASIL PADA MALAM HARI
Tidur pada malam hari dengan lampu menyala ternyata memiliki kesan yang tidak baik untuk kesihatan tubuh.
Mungkin kita tidak pernah menyangka sebelum ini, dengan sudah terbiasa tidur malam dengan keadaan lampu menyala akan meningkatkan risiko penyakit kanser, kardiovaskular, gangguan sistem metabolisme dan malahan mungkin diabetes.
Tidur malam dalam bilik yang gelap sangat bermanfaat kepada tubuh. Ahli biologi Joan Robert mengatakan tubuh badan boleh menghasilakn hormon melatonin ketika tidak ada cahaya.
Hormon ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah pelbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat.
Namun, hormon melatonin ini tidak akan dihasilkan jika seseorang tidur pada malam hari dengan lampu menyala. Dengan adanya cahaya atau sinar membuat penghasilan hormon melatonin akan berhenti.
Sebuah penelitian yang melibatkan penyelidik Spanyol dan Amerika Serikat juga telah menemui melatonin, yang juga dapat membantu mengawal berat badan. Ertinya, melatonin yang terhasil pada malam hari, bertindak untuk mengelakkan obesiti dengan merangsang penghasilan “lemak beige”.
“Lemak beige merupakan sejenis sel lemak tetapi bukan “lemak putih”, dan cenderung membakar kalori daripada menyimpannya. Akibatnya, “lemak baik” akan membantu mengatur berat badan dan metabolisme,” kata penyelidik, dipetik daripada Newsmaxhealth.
Sementara itu, hasil penelitian yang dilakukan University Granada Institute for Neuroscience, the Hospital Carlos III Madrid, dan the University of Texas Health Science Center, San Antonio ini berdasarkan uji kaji keatas tikus makmal.
Para penyelidik mengatakan, penemuan mereka mungkin dapat menjelaskan mengapa melatonin telah terbukti memiliki manfaat metabolic dalam mengubati diabetes dan hiperlipidemia.
ELAK PENYAKIT LUEKEMIA
Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menemui bahawa tubuh perlu suasana gelap dalam menghasilkan zat kimia yang melawan kanser.
Tubuh memerlukan zat kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof. Russle Reiter dari Texas University yang mengetuai penelitian tersebut mengatakan “Sekali Anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit. Otak Anda segera menmendapat tahu bahawa lampu menyala seharian dan produksi zat melatonin menurun.”
Jumlah anak-anak pengidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam temph 40 tahun belakangan. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini pertahun dan sekitar 100 orang meninggal.
Sebuah konferens tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa orang menderita kanser akibat terlalu lama mengamalkan nyalaan lampu waktu tidur dimalam hari dibanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
Kita disarankan untuk menggunakan mentol lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
Sumber: ValetViral
The post Subhanallah. Rasulullah MELARANG Tidur Dalam Keadaan LAMPU MENYALA. Banyak MANFAAT appeared first on BACA VIRAL.
✍ Sumber Pautan : ☕ BACA VIRAL
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g1WL9N
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment