Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Sebelum Memancing, Kena Tahu Jaga Anak” – Hanis Zalikha - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Sebelum Memancing, Kena Tahu Jaga Anak” – Hanis Zalikha

PELAKON Hanis Zalikha menjelaskan dia sentiasa menyokong hobi memancing suaminya iaitu Hairul Azreen biarpun selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, Hanis berkata, pelakon Dia Semanis Honey itu perlu mengetahui batasan dan mengutamakan komitmen terhadap keluarga terlebih dahulu sebelum memenuhi hobinya.

"Ini bukan nasihat, ini perkongsian. Selama ini kami berkawan, saya sentiasa sokong hobi dan minat dia. Main paintball dengan kawan-kawan dia, badminton, selam skuba dan memancing dekat muara.

"Saya tidak rasa dia perlu berubah hanya kerana sudah berkahwin. Tapi dia kena tahu logik dan juga toleransi," ujarnya di Instagram.

Hanis berkata demikian apabila sering ditanya oleh netizen mengenai hobi pelakon berkenaan yang dilihat sering memuat naik aktiviti memancing bersama rakan-rakannya.

Tambah Hanis lagi, perkara utama ialah, suaminya itu perlu bertanggungjawab membantu dia dalam menjaga anak mereka Yusof Iskandar, yang kini berusia setahun.

"Peraturan pertama, lepas kahwin, boleh teruskan hobi tapi kena pandai jaga anak dulu. Tidak boleh mulakan dengan alasan 'anak tak nak kat I, nak dekat you je'. Dari pantang sudah kena involve jaga anak," ujarnya.

Hanis berkata, setiap isteri perlu menghargai apa juga minat suaminya yang mana akan menambah kebahagiaan dalam berkeluarga.

Hairul berkahwin dengan aktres Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 dan menimang cahaya mata pada 3 Jun 2016.



Sumber “Sebelum Memancing, Kena Tahu Jaga Anak” – Hanis Zalikha

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yXWfkw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.