Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zulin Aziz dan Ahya Rosli Putus Kawan Di Instagram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zulin Aziz dan Ahya Rosli Putus Kawan Di Instagram

zulin aziz dan ahya rosli putus kawan di instagram

Kredit foto: Malay Mail Online & Instagram Ahya Rosli

Penyampai radio Zulin Aziz memilih untuk berhenti mengikuti kawan rapatnya, Ahya Rosli di Instagram dek kerana tidak tahan tekanan yang diberikan orang luar terhadap hubungan mereka.

Bagaimanapun Zulin menegaskan mereka masih berkawan seperti dahulu.

Tindakannya hanyalah untuk memuaskan hati pihak lain yang tidak menyenangi hubungan yang terjalin.

"Kami tidak bergaduh, malah masih berkawan baik walaupun masing-masing tidak lagi saling mengikuti di laman Instagram.

"Saya sendiri sudah lama sebenarnya tidak menjadi pengikut Ahya di laman sosial bergambar itu. Cuma dia saja yang baru menyedarinya dan bertindak melakukan perkara sama.

"Saya berbuat demikian sebagai jalan selamat daripada memeningkan diri untuk memikirkan segala kata-kata nista dan persepsi orang luar terhadap hubungan kami," katanya menurut laporan portal Berita Harian Online.

Tambah Zulin, apa yang merimaskan apabila orang luar menghentam seolah-olah mereka lebih arif tentang persahabatan tersebut.

Malah selebriti serba boleh ini turut mendapat kiriman mesej oleh individu yang menggesa supaya perhubungan itu diputuskan. 

"Malah, ada yang sakit hati dan tidak suka kami berkawan baik. Jadi, mereka memburuk-burukkan keakraban saya dengan Ahya. Dalam soal kecaman pula, ia sudah menjadi perkara biasa.

"Lebih daripada itu, saya pernah mendapat mesej peribadi di laman berkenaan, yang meminta supaya saya tidak lagi berkawan dengannya," dedahnya.

Apapun Zulin enggan peminat bimbang kerana hakikatnya tiada sebarang permusuhan antara dirinya dan anak lelaki aktres Normah Damanhuri itu.

Keputusan yang diambil hanya untuk menenangkan pihak yang tidak gembira melihatnya bahagia.

"Usah risau mengenai persahabatan kami. Saya dan Ahya masih lagi baik. Mungkin dengan cara saya tidak lagi mengikutinya di laman sosial, ia boleh memuaskan hati mereka di luar sana itu," katanya lagi.

Sumber berita: BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kHw13y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.