Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Didapati Mengumpulkan Maklumat Pengguna Tanpa Kebenaran Melalui OxygenOS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Didapati Mengumpulkan Maklumat Pengguna Tanpa Kebenaran Melalui OxygenOS

Pelbagai pengeluar peranti sedia mengumpulkan data penggunaan peranti untuk menambah-baik pengalaman perisian yang ditawarkan. Tidak ketinggalan adalah OnePlus melalui sistem operasi variasi Android mereka yang dinamakan sebagai OxygenOS.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan pelbagai pengeluar lain yang mengumpulkan data secara awanama, pihak OnePlus dilihat mengumpulkan beberapa data tambahan termasuk nombor IMEI, alamat MAC, nama rangkaian mudah-alih, nombor siri peranti dan sebagainya – yang membolehkan data yang dihimpunkan dikaitkan dengan seseorang pemilik.

Bercakap mengenainya, pihak OnePlus mengatakan ia mengumpulkan dua strim data, dimana yang pertama untuk menambah-baik perisian mereka, sementara yang kedua adalah untuk menawarkan sokongan khidmat pelanggan yang baik. OnePlus turut mengatakan yang mana data strim pertama boleh dipadamkan pengumpulannya melalui ke halaman “Settings” – “Advanced” – “Join User Experience Program“.

Apa yang membuatkan ramai tidak menyukai perkara yang dilakukan oleh OnePlus ini adalah dimana mereka tidak memaklumkan pengguna mengenai perkara ini, terutamanya mengumpulkan data tanpa menjadikannya sebagai awanama (anonymous).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zfbcQj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.