Udang Harimau dilelong RM35 sekilo sempena GNN
KEMAMAN, 13 Okt — Udang Harimau bersaiz XXL akan dilelong pada harga RM35 sekilo esok di tapak program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Pantai Kuala Kerteh.
Harga biasa bagi udang itu ialah antara RM65 hingga RM70 sekilo.
Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk M Saedon Ab Majid berkata tiga tan hasi laut seperti ikan, ketam dan sotong akan dilelong 20 hingga 50 peratus lebih murah.
Beliau berkata acara lelongan akan bermula selepas majlis perasmian GNN oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dijangka berlangsung pukul 11 pagi.
“Selain itu akan turut diadakan acara menarik seperti pertunjukan akrobatik udara, demonstrasi masakan dan aktiviti beli-belah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
GNN julung kali ini yang berakhir esok menampilkan 133 gerai jualan pelbagai produk hasil tani dan makanan laut, 43 gerai pameran dan 10 kaunter perkhidmatan agensi dan jabatan kerajaan.
Tinjauan Bernama mendapati hujan renyai yang turun sejak awal pagi tidak menghalang orang ramai untuk membanjiri tapak program.
Seorang pengunjung Syuhada Razali, 42, berkata beliau teruja apabila dapat membeli pelbagai produk tani dan hasil laut dengan harga lebih murah.
“Tadi saya beli minyak masak lima kilogram pada harga RM19 dan ikan tongkol RM5 seekor,” katanya yang datang dari Kuala Lumpur untuk bercuti di rumah ibu bapanya di Paka. — Bernama
Sumber Udang Harimau dilelong RM35 sekilo sempena GNN
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wSXP6B
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment