Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Tak Bodoh” – Fathia Latiff - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Tak Bodoh” – Fathia Latiff

Ekoran dikecam teruk gara-gara dia dikatakan tidak faham tajuk laporan dari sebuah portal berita, aktres Fathia Latiff akhirnya bersuara.

Lapor Harian Metro, Fathia menjelaskan beliau sedar dan memahami tajuk berita itu namun dia sengaja memuat naik posting dalam bentuk sarkastik di laman Twitter. Ia hanyalah sekadar pandangan peribadinya selepas melihat keadaan ekonomi yang tidak yang tidak menentu.

“Saya tak bodoh. Saya sedar dan faham maksud tajuk berita itu cuma saya sengaja Tweet dalam bentuk sarkastik”.

“Saya menerima paparan skrin berita berkenaan daripada seorang kenalan. Melihat artikel itu saya terus terdetik dan tweet apabila melihat keadaan ekonomi negara yang kurang memuaskan sekarang ini.

“Sebagai rakyat kita ada hak untuk bersuara. Saya memuat naik status terbabit adalah dalam bentuk sarkastik dan tidak menyangka ia menjadi tular.

“Cashless membawa pelbagai maksud. Saya bukan lakukan kajian berkenaan tweet yang dimuat naik. Ia hanya sekadar pandangan semata-mata. Kalau masyarakat mengambil ia sebagai perkara yang serius, susahlah. Kenapa tidak ambil dari sudut positif dan berusaha mengubah negara menjadi lebih baik,” katanya.

Tidak berniat mempertikaian kenyataan dalam artikel terbabit, sebaliknya bertujuan memberi kesedaran dan membangkitkan orang untuk lebih membuka mata supaya lebih berfikiran positif,.

Terdahulu, pelakon drama Menati Februari ini menerima kritikan selepas dia menyatakan berpendapatnya mengenai berita bertajuk “Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050” yang disiarkan pada Rabu itu sebagai tidak relevan kerana negara tidak lagi menggunakan wang bagi sesuatu urusan pada tahun berkenaan.

“Kita nak jadi macam zaman batu balik ke?, buat sistem barter balik. Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takut,” tulisnya dengan memuat naik paparan skrin berita berkenaan.

..

Rata-rata netizen menganggap pelakon berkenaan tidak faham maksud perkataan berkenaan, malah tidak membaca berita terbabit terlebih dahulu sebelum memberi pendapatnya.

Dalam pada itu, Fathia berkata, dengan bekalan ilmu pengetahuan dalam jurusan undang-undang yang diperolehi, dia tidak berasa tertekan meskipun mendapat kecaman.

Sebaliknya dia menganggap golongan yang melemparkan kritikan terhadapnya itu dek kerana mudah terikut-ikut dan mereka tidak fikir secara mendalam apa yang mahu disampaikannya.

The post “Saya Tak Bodoh” – Fathia Latiff appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g8tEBO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.