Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Patutlah tunggu tak balik-balik” – Isteri kesal suami 60-an jadi tahi dadah, turut minta polis penjarakan suaminya kerana dah muak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Patutlah tunggu tak balik-balik” – Isteri kesal suami 60-an jadi tahi dadah, turut minta polis penjarakan suaminya kerana dah muak

KEPALA BATAS – “Patutlah tunggu tak balik-balik, rupanya ikut perangai orang muda.” Itu antara leteran seorang wanita terhadap suaminya yang ditahan atas kesalahan dadah di Bakau Tua, Penaga, dekat sini, tengah hari semalam.

 

"Patutlah tunggu tak balik-balik" - Isteri kesal suami 60-an jadi tahi dadah, turut minta polis penjarakan suaminya kerana dah muak

“Patutlah tunggu tak balik-balik” – Isteri kesal suami 60-an jadi tahi dadah, turut minta polis penjarakan suaminya kerana dah muak

 

 

Suami wanita lingkungan 60-an itu, antara 50 penagih ditahan dalam Ops Sarang membabitkan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) SPU.

Isteri kepada warga emas berkenaan turut meminta polis memasukkan suaminya ke penjara kerana sudah muak dengan tabiat buruk lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, operasi bermula jam 5 pagi hingga 12 tengah hari itu hasil maklumat awam mengenai kegiatan penagihan dadah di Bakau Tua yang dianggap kawasan ‘panas’ dalam daerah SPU.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berusia antara 20-an hingga 63 tahun itu termasuk penagih berulang.

“Sebahagian yang ditahan bekerja sebagai nelayan dan menjadikan kawasan belukar tepi Sungai Muda sebagai tempat melepaskan gian.

“Selain penagih, kami turut merampas 50 gram (g) heroin, 15 gram syabu dan dua biji pil Eramin 5,” katanya.

Noorzainy berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2), akta sama, manakala tindakan diambil mengikut Seksyen 3(1), Akta Penagih Dadah 1983.

“IPD SPU komited untuk membasmi kegiatan penagihan dadah dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kegiatan dadah di kawasan mereka.

“Semua yang ditahan ini dibawa ke IPD SPU untuk siasatan lanjut,” katanya. –myMetro Online

Via: Mynewshub



Sumber “Patutlah tunggu tak balik-balik” – Isteri kesal suami 60-an jadi tahi dadah, turut minta polis penjarakan suaminya kerana dah muak

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ggkQxd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.