Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa Iqram Dinzly Meninggal Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa Iqram Dinzly Meninggal Dunia

Selepas bapa kepada pelakon Beego iaitu Khalib Abd Majid, 72, meninggal dunia pada Isnin, berita sedih serupa turut dikongsi oleh Iqram Dinzly yang kehilangan bapanya pada Selasa.

Iqram, 35, menerusi Instagram miliknya memaklumkan bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said meninggal dunia pada 5.35 pagi Selasa dan akan dikebumikan di Ipoh, Perak.

“Assalammualaikum. Alkisahnya #papakuterlantarlagi berakhir pukul 5.35 pagi tadi. Selamat pulang menghadap Illahi wahai ayahandaku, Allahyarham Muhammad Saipuddin Bin Dato Seri Haji Ahmad Said,” tulisnya.

“Jenazah akan dikebumikan hari ini (Selasa) juga tanpa dilengahkan masa,” tulisnya.

Allahyarham yang menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi turut diserang angin ahmar pada 20 Jun lalu dan kesihatannya merosot sejak itu.

Iqram juga sering mengemas kini mengenai perkembangan kesihatan bapanya di Instagram.
Dalam pada itu, Iqram berkata, sebagai anak dia sudah melakukan yang terbaik bagi menjaga bapanya sepanjang arwah terlantar sakit.

“Saya sudah melakukan yang terbaik sebagai anak walapun saya bukanlah anak terbaik. Semoga Papa berehat.

“Minta maaf kerana tidak selalu dapat bersama dan tidak menjadi anak yang baik kepada Papa dan Mama.

“Saya berharap suatu hari nanti kita akan bertemu lagi,” tulisnya lagi.

Allahyarham ialah anak kepada bekas Menteri Besar Perak ke-empat iaitu Datuk Seri Ahmad Said.

The post Bapa Iqram Dinzly Meninggal Dunia appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wLMaXp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.