Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Dia Kubunuh Untuk Menebus Maruah Keluarga” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Dia Kubunuh Untuk Menebus Maruah Keluarga”

Parvin Rafiq berteriak dari atas bumbung rumahnya, “Saya sudah bunuh anak perempuan saya. Saya pertahankan maruah. Dia tidak lagi memberi malu keluarga.”

Sementara itu dalam sebuah bilik di rumah yang sama, anak perempuannya Zeenat 18 tahun terbaring tidak bergerak. Para jiran berdekatan yang melihat kepulan asap dan mendengar teriakan segera datang ke rumah Parvin, tetapi pintu rumah terkunci.

Zeenat dicekik sehingga mati oleh ibunya. Malah semasa gadis malang itu masih bernafas, dia disimbah kerosene lalu dibakar.

Dia dibunuh kerana tidak bersetuju dinikahkan secara paksa dengan jejaka pilihan ibunya. Sebaliknya dia memilih untuk bernikah dengan jejaka yang dikenalinya sejak zaman kanak-kanak. Akibatnya keluarga dan jiran mengganggapnya perosak maruah keluarga.

Polis telah menahan Parvin dan anak lelakinya Anees kerana disyaki bersekongkol dalam pembunuhan itu.

Menurut jiran, sejak beberapa bulan yang lalu Parvin yang merupakan seorang janda sering mengeluh kerana dua orang anak gadisnya menghawini lelaki pilihan hati masing-masing.

Oleh itu Zeenat adalah harapan terakhirnya menebus kehormatan keluarga. Dia merancang untuk mengahwinkannya dengan seorang pemuda dalam golongan mereka sendiri, yang berkasta Rajput berketurunan raja.

Sebaliknya Zeenat terpaut hati dengan teman sepermainan semasa kecil, berusia 20 tahun bernama Hassan Khan. Dia bekerja sebagai mekanik motorsikal dan tinggal berdekatan Bandar Lahore yang sibuk.

Hubungan ini tidak direstui Parvin walaupun Zeenat merayu untuk dikahwinkan dengan Khan. Sebaliknya dia dipukul.

Tetapi pada bulan Mei mereka berkahwin melalui proses undang-undang. Zeenat berpindah ke rumah suaminya.

Beberapa hari kemudian, ibu dan pakciknya datang ke rumah merayu supaya dia pulang ke rumah untuk beberapa hari. Mereka berjanji untuk mengatur perkahwinannya dengan Khan, bagi menyelamatkan maruah keluarga dengan menunjukkan kepada jiran yang dia tidak kahwin lari. Malah pakciknya berjanji keselamatannya terjamin.

Keluarga Khan bersetuju agar Zeenat mengikut ibunya pulang.

Pada mulanya ibunya kelihatan bersetuju dengan perkahwinan itu. Tetapi empat hari kemudian Zeenat menghubungi Khan. Dia dalam ketakutan mendakwa ibunya mengancamnya.

“Saya memujuknya supaya jangan risau. Cuma dua hari lagi dia akan pulang ke pangkuan saya,” luah Khan.

Kemudian pagi berikutnya dia dibunuh atas alasan melindungi maruah keluarga.

Sementara itu kematian Zeenat dianggap wajar oleh jiran-jirannya.

“Anakgadis harus melindungi maruah keluarganya. Lebih baik tidak memiliki anak daripada membawa malu kepada keluarga,” kata Muneeba Bibi salah satu jiran terdekat Parvin.

“Pembunuhan Zeenat adalah contoh pengajaran terbaik kepada para gadis supaya melindungi nama baik keluarga,” ujarnya lagi.

Pembunuhan Zeenat merupakan salah satu dari ribuan kes ‘pembunuhan terhormat’ yang masih diamalkan di Pakistan.

Mengikut fakta, Pakistan merupakan salah satu negara yang paling banyak kes melibatkan pembunuhan atas nama maruah keluarga. Malah ia semakin ganas dan meningkat saban tahun. Menurut laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan, pada tahun 2014 seramai 1,005 wanita termasuk 82 kanak-kanak menjadi mangsa.

Ia meningkat pada tahun 2015 di mana 1,096 wanita dan 88 orang lelaki dibunuh atas nama melindungi kehormatan keluarga. Tetapi angka sebenar mungkin lebih tinggi kerana banyak kes yang masih tidak dilaporkan.

Comments

comments



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i34YPi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.