Hi! Welcome Back and Stay Tune! Federalisme Malaysia: Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Pusat? - Salleh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Federalisme Malaysia: Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Pusat? - Salleh

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyangkal dakwaan kononnya kerajaan pusat mengawal kuasa negeri di Malaysia.

Menyatakan dakwaan itu tidak betul, beliau menegaskan kerajaan Malaysia lebih tepat dipanggil sebagai kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan pusat kerana kerajaan Malaysia adalah milik semua rakyat dalam negara Persekutuan Malaysia.

"Malaysia adalah sebuah negara persekutuan. Ciri utama negara persekutuan ialah pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan.

"Negara kesatuan pula adalah negara yang diselenggarakan oleh satu kesatuan tunggal, iaitu kerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi.

"Wilayah-wilayahnya hanya menjalankan kekuasaan seperti yang dibenarkan oleh kerajaan pusat sahaja dan ini bermakna kerajaan pusat berkuasa untuk meluaskan, menyempitkan atau menghapuskan kuasa kerajaan wilayah," katanya dalam catatannya di laman sskeruak.blogspot.my.

Salleh berkata ciri utama negara persekutuan ialah demokrasi dan perpaduan dalam kepelbagaian, bukannya seperti sistem kesatuan yang mana semua sumber kuasanya adalah terletak di tangan kerajaan pusat.

Beliau menjelaskan kerajaan pusat hanya sesuai dipanggil untuk negara kesatuan sahaja manakala bagi negara persekutuan, panggilan yang betul ialah kerajaan persekutuan kerana ia menjadi kerajaan kepada semua wilayah dalam persekutuan, bukannya memiliki semua kuasa seperti mana dalam sistem kesatuan.

Katanya, dalam sistem persekutuan, terdapat bidang-bidang tertentu yang kuasanya berada di tangan wilayah (negeri) .

-- BERNAMA



Sumber Federalisme Malaysia: Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Pusat? - Salleh

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y9Ync1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.