Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kahwin Kali ke-4, Aishah Kunci Mulut Hal Rumah Tangga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kahwin Kali ke-4, Aishah Kunci Mulut Hal Rumah Tangga

Penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Janji Manismu, Aishah, mengesahkan beliau sudah kembali bergelar isteri selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiganya iaitu pada 2011.

Wanita berusia 52 ini berkata, dia melangsungkan perkahwinan tersebut pada tahun ini namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

“Ya, benar saya sudah kembali berumah tangga dan cukup setakat itu sahaja saya dedahkan,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Menerusi dua perkahwinan pertamanya, Aishah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Armand Azhari, 24, dari perkahwinan pertama yang dirahsiakan dan Azhad Ahlami, 19, menerusi perkahwinan kedua dengan Muhammad Abdullah pada 1997 sebelum sah bercerai pada 2005.

Aishah kemudiannya berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 2010 namun bercerai setahun kemudian.

Mengenai perkembangan seni, Aishah bakal menyertai pertandingan program realiti, Gegar Vaganza 4 yang akan bermula pada 29 Oktober ini.

Aishah akan bersaing dengan barisan artis popular lain iaitu Liza Hanim, Elyana, Syura, Haida dan Raja Azura Aqasha, Hazami, Ferhad, Tia (Jinbara), Lan (Kristal) dan Firman dari Indonesia.

The post Kahwin Kali ke-4, Aishah Kunci Mulut Hal Rumah Tangga appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i45A73

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.