Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak empat tahun lemas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak empat tahun lemas

GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan mati lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumah jirannya di Taman Agropolitan, dekat sini, petang semalam.

Mangsa Muhammad Hazim Rizqi Mohd Za'in dikatakan terjatuh ke dalam longkang sedalam satu meter ketika hujan lebat kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa kemudian dihanyutkan arus lalu tersekat pada dawai di hujung longkang sebelum ditemukan pada jam 7 malam.

Bapa mangsa, Mohd Za'in Alias, 39 berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang anak jiran yang memberitahu Muhammad Hazim Rizqi terjatuh ke longkang lalu hanyut dibawa arus.

Katanya, ketika kejadian dia bersama isteri, Nor Azlidawati Ibrahim, 35, sedang membaiki kereta dan melihat anak kesayangannya itu bermain bersama empat lagi rakannya di tepi rumah.

"Saya tidak menyedari Muhammad Hazim Rizqi pergi ke kawasan rumah jiran sebelum terjatuh ke dalam longkang," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini petang semalam.

Beliau berkata, Muhammad Hazim Rizqi merupakan satu-satunya anak lelaki bongsu pasangan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdullah Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.



Sumber Kanak-kanak empat tahun lemas

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g17WiY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.