Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mat Dan, dari program travelog ke dunia lakonan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mat Dan, dari program travelog ke dunia lakonan

KUALA LUMPUR: Pengacara televisyen Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, 27, kini berjinak-jinak dengan dunia lakonan bermula dengan satu filem pendek yang kini dalam penggambaran.

Anak kelahiran Bristol, England yang diberi nama Daniel Tyler sebelum memeluk agama Islam itu berkata penggambaran filem tersebut baru bermula minggu lepas.

"Saya baru terlibat dalam lakonan sebuah filem pendek sebab saya hendak ceburkan diri dalam bidang lakonan pula," katanya kepada Bernama, di sini.

Anak muda itu mula terkenal di negara ini selepas video kefasihan beliau bercakap dalam bahasa Melayu loghat Terengganu tular.

Beliau yang tinggal di Malaysia sejak lapan tahun lalu ketika berusia 19 tahun dan bertemu jodoh dengan gadis Terengganu tahun ini, turut aktif sebagai hos program stesen televisyen berbayar Astro.

Pengacara program "Mat Dan Kaki Jalan" yang membawa penonton menggembara ke 13 destinasi menarik di negara ini dan travelog "Haramain Backpackers" bersama PU Amin, turut terlibat dalam perniagaan produk gel rambut atau pomade dengan jenama 'J.Tac by Mat Dan'.

"Jenama pomade ini bersempena ayat 'semat jetak' dalam loghat Terengganu yang bermaksud 'sangat segak," katanya.

Mat Dan turut berkongsi impiannya untuk menjadi usahawan 'budu hipster'.

"Dulu masa mula-mula jadi selebriti saya memang terfikir untuk buat produk berasaskan budu tapi hanya sekarang baru kita nak mula buat budu hipster," katanya tanpa menjelaskan maksud budu hipster.

-- BERNAMA



Sumber Mat Dan, dari program travelog ke dunia lakonan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xxYyi8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.