Hi! Welcome Back and Stay Tune! Presiden Catalan Mahu Rundingan Bersama Kerajaan Sepanyol - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Presiden Catalan Mahu Rundingan Bersama Kerajaan Sepanyol

Pada hari Selasa, parti pemisah telah menandatangi dokumen berkenaan pengisytiharan kemerdekaan bagi Catalonia. Namun presiden Catalonia, Carles Puigdemont membuat kenyataan bahawa beliau akan menangguhkan perlaksanaan itu untuk beberapa minggu lagi bagi membuka laluan kepada dialog dengan kerajaan Sepanyol.

Usulan menangguhkan perlaksanaan kemerdekaan bukan sahaja untuk meredakan keadaan, tetapi juga bagi memenuhi kehendak rakyat Catalan itu sendiri.

“Kita seharusnya mendengar suara rakyat Catalan yang meminta kita berdialog dengan kerajaan Sepanyol,” kata Puigdemont

Selepas sesi tandatangan itu, kerajaan Sepanyol terus mengadakan mensyuarat tergempar yang akan diadakan pada pagi Rabu dan terdapat indikasi bahawa mereka berkemungkinan setuju untuk dialog.

Kerajaan Sepanyol tidak mengiktiraf pengisytiharan kemerdekaan oleh parti pemisah Catalan itu dan keputusan yang dicapai dalam referendum adalah tidak sah.

Kerajaan Sepanyol juga tidak menerima pengesahan undang-undang referendum Catalan yang telah dimansuhkan perlembangaan Sepanyol dan mengisytiharkan bahawa referendum tersebut adalah palsu dan tidak rasami.

Selain itu, parti pembangkang yang diketuai Ines Arrimadas menentang usaha oleh Peugdemont.

” Ini adalah rampasan kuasa. Tiada siapa mengiktiraf pengisytiharan tersebut. Tiada siapa di Eropah yang menyokong apa yang sedang kita lakukan.” kata beliau.

Peratusan rakyat yang mengundi minggu lalu hanyalah 42.3% iaitu sebanyak 2.26 juta penduduk. 90% pengundi memilih kebebasan dalam referendum tersebut iaitu bersetuju untuk keluar dari Sepanyol dan menjadi sebuah negara yang merdeka.

The post Presiden Catalan Mahu Rundingan Bersama Kerajaan Sepanyol appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g1lYBj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.