Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga pekerja binaan cedera akibat letupan bom lama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga pekerja binaan cedera akibat letupan bom lama

KUALA LUMPUR: Tiga pekerja binaan warga Bangladesh parah akibat letupan bom lama di sebuah tapak pembinaan dekat Bandar Malaysia, Jalan Sungai Besi.

Kejadian seiktar jam 5 petang itu menyebabkan dua daripada mangsa putus kaki sementara seorang lagi cedera di tangan serta kaki.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan kejadiaan berkenaan dan siasatan awal mendapati bom tersebut merupakan peninggalan ketika zaman Perang Dunia Kedua.

“Ia merupakan bom lama ketika Perang Dunia Kedua dan ia meletup secara tiba-tiba sewaktu kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan,” katanya.  

Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Seramai 25 pegawai dan anggota bersama lima jentera dari balai bomba dan penyelamat Hang Tuah, Pudu dan Tun Razak dikejarkan ke tempat kejadian.

Sepasukan Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) JBPM juga turut dikejarkan ke lokasi untuk menyiasat punca kejadian.



Sumber Tiga pekerja binaan cedera akibat letupan bom lama

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wLTodS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.