Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ubat mati pucuk dalam darah Jong Nam, pakar beritahu mahkamah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ubat mati pucuk dalam darah Jong Nam, pakar beritahu mahkamah

 FMT| October 4, 2017
Sampel seperti balutan, kemeja dan seluar dalam Kim Jong Nam turut dikemukakan kepada pihak peguambela hari ini.
Shah-Mahmud-kim-jong-nam2 
SHAH ALAM: Seorang pakar forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memberitahu perbicaraan kes bunuh Kim Jong Nam yang ujian mendapati mangsa mengambil 6 jenis ubat merawat pelbagai penyakit termasuk ubat mati pucuk.

Ketua Bahagian Forensik HKL, Dr Mohd Shah Mahmood berkata penggunaan ubat itu dan beberapa ubat lain untuk merawat kencing manis, darah tinggi, dan gout dapat dikesan dalam darah Jong Nam, abang tiri kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Un.

Warga Indonesia Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong didakwa membunuh Jong Nam pada 13 Feb lalu. Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dr Shah menjawab pertanyaan peguam Siti Aisyah, Gooi Soon Seng, yang memintanya menyenaraikan jenis ubat di dalam tubuh Jong Nam, dalam usaha membuktikan terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kematian, bukannya disebabkan serangan bahan kimia VX seperti didakwa sebelum ini.

Dr Shah, saksi ke-6 perbicaraan, berkata laporan Jabatan Kimia turut mendapati 5 sampel iaitu kapas muka, darah, plasma, air kencing dan lendiran mata adalah positif untuk agen saraf VX.

Bahkan, beberapa sampel lain seperti balutan (bandage), kemeja dan seluar dalam Jong Nam turut ditunjukkan kepada pihak peguambela.
Beliau menegaskan agen saraf VX itu tertumpu di bahagian muka dan mata.
“Antara lendiran mata dan kulit, kadar serapan agen saraf VX lebih cepat melalui lendiran mata,” katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xg7FPy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.