Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Terbaik Memujuk Pasangan Merajuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Terbaik Memujuk Pasangan Merajuk


Cara Terbaik Memujuk Pasangan Merajuk. Tiada lautan yang tidak berombak. Begitu jugalah dengan kehidupan berumahtangga. Begitulah juga dengan ikatan suami isteri. Tidak dinafikan, kadang kala berlaku masalah antara suami isteri yang boleh membawa kepada pasangan kita merajuk. 

Walaupun selalunya merajuk dianggap sebagai sesuatu yang agak negatif, tetapi dalam masa yang sama ia merupakan salah satu bentuk menzahirkan kasih sayang antara pasangan suami dan isteri.

Bagi seorang suami, apabila isteri merajuk, pastinya mereka akan berasa buntu memikirkan cara terbaik untuk memujuk isteri kesayangan mereka.

Walaupun suami jarang merajuk, tetapi apabila seorang suami mula merajuk, ia mungkin disebabkan oleh sesuatu yang agak serius dan seorang isteri perlu melakukan sesuatu untuk menjernihkan keadaan semula.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan bagi memujuk pasangan yang sedang berjauh hati atau merajuk. Seseorang suami harus tahu untuk menggunakan pendekatan yang terbaik bagi menawan kembali hati isteri mereka. Dan begitu juga dengan isteri. Mengenali hati budi dan perangai suami adalah penting untuk memujuk hati seorang suami.

1. Bercerita dan Luahkan Perasaan Dengan Baik

Antara perkara pertama yang harus dilakukan ialah dengan memberi ruang dan peluang kepada pasangan untuk meluahkan apa sahaja yang terbuku di hati mereka atau apa yang membuatkan mereka berjauh hati. 

Dengan cara ini, maka suami dan isteri dapat memahami dan mengetahui perkara sebenar yang membuatkan pasangan kita berperasaan begitu. Setelah isteri meluahkan segala isi hati mereka dan bertenang, maka suami boleh mula memberi penjelasan kepada isteri tentang apa yang telah diluahkan. 

Suami boleh menyatakan persetujuan dengan perkara yang diluahkan oleh pihak isteri dan menyatakan hasrat untuk berubah mengikut apa yang dikehendaki oleh pihak isteri. Suami harus menunjukkan pada isteri bahawa mereka serius untuk berubah mengikut apa yang telah dikatakan oleh pihak isteri.

2. Sentuhan

Selain itu, suami isteri juga boleh memujuk pasangan dengan cara menunjukkan kasih sayang melalui pelukan dan ciuman. Ini dapat menenangkan perasaan pasangan yang sedang merajuk dan membuatkan mereka lebih mudah menerima kata-kata pujukan daripada pasangan.

3. Penghargaan Buat Pasangan

Adakalanya pasangan kita merajuk kerana terlalu penat dengan tanggungjawab dan kerja-kerja yang dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja. Selain itu, pasangan anda juga juga mungkin merasakan seolah-oleh mereka tidak dihargai oleh pasangan mereka. Oleh itu, anda perlu mengambil langkah proaktif untuk mengubah persepi negatif ini untuk mengelakkan perkara ini menjadi semakin serius.

Suami boleh memberikan penghargaan kepada isteri dalam dalam bentuk kata-kata sama ada melalui ucapan atau melalui kad cinta yang dikirimkan khusus buat isteri. Ini boleh mengembalikan memori bahagia kepada isteri dan sekaligus melembutkan hati mereka. 

Selain daripada kad, suami juga boleh memberikan hadiah berupa barangan lain kepada isteri seperti bunga atau barang-barang yang disukainya seperti baju, beg tangan atau emas.

Sekurang-kurang penghargaan yang boleh dilakukan adalah dengan mengucapkan terima kasih atas apa sahaja yang pasangan kita lakukan. Jika isteri masakkan untuk suami, suami boleh zahirkan penghargaan dengan mengucapkan terima kasih kepada isteri setiap kali selepas makan.






4. Bantu Pasangan Anda

Di samping itu, suami juga boleh memujuk isteri dengan menunjukkan rasa tanggungjawab mereka terhadap keluarga dengan membantu isteri dengan kerja-kerja di rumah. Ini termasuklah menolong isteri untuk mengemaskan rumah, memasak, menjaga anak-anak, membasuh baju dan sebagainya. 

Sikap ringan tulang suami ini boleh membuatkan isteri merasa tenang dan gembira kerana suami sudi untuk membantunya di rumah dan sekaligus melembutkan hatinya daripada perasaan merajuk dan berjauh hati.

Bagi isteri pula, sekiranya suami anda lakukan sesuatu tetapi anda tidak dapat membantu, sekurang-kurangnya temani mereka semasa melakukan perkara tersebut. Ini adalah salah satu bentuk bantuan dan juga penghargaan untuk suami.

5. Mohon Maaf

Tidak kira siapa pun yang bersalah, cara terbaik untuk menjernihkan suasana adalah dengan meminta maaf. Seorang suami hendaklah membuang ego mereka dan jangan malu untuk memohon maaf.

Dengan meminta maaf, hati pasangan akan lebih tenang dan mungkin juga mengakui kesilapan yang mereka lakukan. Jadikan amalan untuk meminta maaf kepada pasangan sekiranya berlaku apa-apa salah faham kerana ini akan memberikan ruang untuk seseorang membuat penambahbaikan dalam diri mereka.





✍ Sumber Pautan : ☕ Wikicara.org - Kompilasi Pelbagai Cara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xSilrC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.