Hi! Welcome Back and Stay Tune! KAFA tumpu kepada pemilikan lesen dan perlawanan bertemu Melaka United - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KAFA tumpu kepada pemilikan lesen dan perlawanan bertemu Melaka United

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberikan tumpuan kepada dua perkara penting yang dihadapinya sebelum melakukan perancangan berkaitan pembentukan pasukan Kelantan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata ketika ini barisan pengurusannya memberikan tumpuan kepada perlawanan terakhir Liga Super Kelantan bertemu Melaka United pada 21 Okt ini dan pemilikan lesen kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi membolehkan pasukan itu bersaing di kancah Liga Malaysia musim depan.

"Ianya perkara lebih penting dari segala perkara kerana melibatkan status pasukan Kelantan sama ada layak atau dibenarkan untuk menyertai kampen Liga-M musim depan (2018)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bibi Ramjani berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat bekas Ketua Jurulatih Kelantan musim 2016 Velizar Popov bersedia berbincang bersama KAFA untuk kembali bersama skuad The Red Warriors (TRW) musim depan.

"Kami tidak mahu bercakap secara terperinci pembentukan pasukan sama ada pemain dan jurulatih sebelum tamat perlawanan bertemu Melaka United dan memenuhi semua syarat ditetapkan oleh FAM dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) untuk kelayakan mendapat lesen bagi saingan musim depan.

Kelantan perlu mendapatkan lesen kelab FAM dan AFC terlebih dulu sebelum boleh beraksi dalam Liga Super musim depan selain terpaksa bergantung kepada perlawanan terakhir bertemu Melaka United untuk kekal pada saingan Liga Super secara automatik.

Sebelum ini, penganjur Liga Malaysia, FMLPP memberi masa sehingga September lepas kepada pasukan Liga Super untuk menyiapkan kriteria minimum yang membolehkan mereka mendapatkan lesen kelab daripada AFC dan FAM.

Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal mendapatkan lesen, pasukan terbabit tidak dibenarkan bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

-- BERNAMA



Sumber KAFA tumpu kepada pemilikan lesen dan perlawanan bertemu Melaka United

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xTtBSh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.