Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu Bergaduh Dengan Syarikat Rakaman, Ini Jawab Shahir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu Bergaduh Dengan Syarikat Rakaman, Ini Jawab Shahir

isu bergaduh dengan syarikat rakaman ini jawab shahir

Kredit foto: star2.com & Instagram Shahir

Penyanyi Shahir Zawawi menafikan wujud perselisihan faham antara dirinya dan syarikat rakaman Indigital Sdn Bhd.

Isu itu timbul apabila penyanyi itu dikatakan tidak lagi diuruskan oleh syarikat berkenaan.

Bagaimanapun Shahir yang masih bertanding dalam rancangan realiti AF Megastar memberitahu dia tidak mempunyai perjanjian hitam putih atau mengikat kontrak dengan Indigital.

Malah syarikat itu hanya memberikan bantuan dalam persiapan setiap persembahannya di AF Megastar.

"Sebenarnya saya mempunyai pasukan kerja sendiri dan pembabitan Indigital hanya membantu supaya persembahan saya setiap minggu dalam program itu berjalan lancar," katanya memetik laporan portal Harian Metro.

Tiada isu tidak mengenang budi kerana bantuan daripada wakil syarikat rakaman terbabit juga dibuat atas dasar setia kawan.

“Perkara ini tidak seharusnya ditimbulkan kerana tiada perjanjian khusus dibuat di antara saya dengan Indigital,” tegasnya.

Sementara itu, ada dakwaan mengatakan kerjasama antara Indigital dan Shahir dilakukan atas nasihat teman rapatnya, aktres Erra Fazira.

Shahir memberitahu hubungannya dengan Erra masih berada dalam keadaan baik.

“Hubungan saya dengan Erra Fazira juga baik dan tiada perselisihan faham di antara kami,” katanya lagi.

Sumber berita: Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wxEjfW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.